Artikel ini telah disiarkan dalam Akhbar Berita Harian Ruangan Agama bertarikh 14 Feb 2012 dengan tajuk "Jaga Tepi Kain Orang" Cegah maksiat berleluasa.
STATISTIK tangkapan khalwat yang mencecah angka 2,473 orang di Negeri Johor seperti yang dilaporkan oleh akhbar baru-baru ini memberi isyarat betapa gejala tidak bermoral semakin berleluasa di sana sini. Segelintir muda-mudi Islam kini tidak lagi berasa segan silu berpelukan dan berciuman di tempat awam walaupun diperhatikan oleh orang ramai. Kewujudan hotel-hotel murah yang berkemungkinan menjadi pusat untuk golongan ini melampiaskan nafsu juga tumbuh bak cendawan selepas hujan.
Malahan golongan ini seakan bebas melakukan kegiatan haram di hotel tertentu tanpa halangan terutama dihujung minggu dan hari cuti umum. Akibatnya statisk kelahiran anak tak sah taraf juga turut bertambah dari tahun ke tahun kesan daripada persetubuhan haram yang dilakukan. Lebih memburukkan keadaan jika terdapat pasangan yang tidak bertanggungjawab lalu tergamak pula membuang bayi yang tidak berdosa.
Justeru siapa yang patut dipersalahkan dalam hal. Pengusaha hotel sudah pasti berlepas tangan kerana mereka berorentasikan perniagaan dan berharap kepada keuntungan yang lumayan. Kalangan penguatkuasa agama juga telah melaksanakan tugasan mereka berkerja siang dan malam walaupun dengan bilangan anggota yang terhad bagi mencegah aktiviti maksiat dan bersekedudukan.
Jawapannya tepuk dada tanya iman. Usah seronok menuding jari menyalahkan itu dan ini, sedangkan jika dilihat daripada aspek amalan beragama dan pergaulan seharian ramai yang berpotensi kecundang dikalahkan oleh tuntutan hawa nafsu sendiri. Pergaulan bebas tanpa ikatan pernikahan yang sah, berdua-duaan ke sana dan ke mari cukup membuktikan betapa diri sendiri yang patut dipersalahkan.
Sehubungan dengan itu setiap individu Muslim perlu bertanggungjawab terhadap segala kelakuan mereka sama ada baik mahupun buruk. Begitu pula di hari kemudian setiap jiwa secara peribadi akan dipersoalkan dan diberi hukuman setimpal terhadap apa yang telah mereka kerjakan semasa di dunia yang fana ini. Benar seperti kata pepatah siapa yang makan cili dialah yang kepedasan.
Baginda Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud; “Janganlah seorang lelaki dan seorang wanita berdua-duaan bersama melainkan jika ditemani oleh mahramnya.” (Riwayat Imam al-Bukhariy) Dalam sebuah riwayat yang lain pula dinyatakan “Janganlah seorang lelaki dan seorang wanita berdua-duaan bersama kerana Syaitan akan hadir sebagai orang ketiga.” (Riwayat Imam Ahmad dalam Musnadnya)
Oleh itu menjadi kewajipan setiap individu Muslim untuk membenteng diri dengan perisai akidah dan membatasi pergaulan terutama dengan pasangan yang bukan mahram. Syariat Islam juga tidak melarang secara total pergaulan antara lelaki dan wanita asalkan mengikut lunas-lunas yang ditetapkan.
Masyarakat setempat juga seharusnya memainkan peranan dalam usaha menegakkan amar makruf dan nahi mungkar. Setidak-tidaknya mereka perlu menjadi mata dan telinga kepada pihak berkuasa dengan melaporkan segala kejadian yang tidak bermoral yang berlaku di kawasan kejiranan mereka. Perlu difahami ia bukan isu menjaga tepi kain orang ataupun menyibukkan diri dengan kegiatan peribadi seseorang.
Lebih daripada itu ia merupakan kewajipan setiap individu Muslim untuk mencegah kemungkaran sama ada dengan tangan yakni kuasa yang dimiliki ataupun dengan lidah dan hati sepertimana maksud hadis Nabi Muhammad SAW. Malah jika Allah SWT murka dan menurunkan musibah atas kesalahan segelinitr umat manusia ia bersifat melata dan mengena kepada semua tidak kira yang berdosa mahupun yang beramal saleh.
Demi membendung jenayah khalwat dan penzinaan daripada terus menjadi barah yang membusuk kepada masyarakat Islam, dicadangkan agar pihak berkuasa meletakkan poster-poster supaya menjauhi zina dan keburukannya di semua hotel bagi menimbulkan keinsafan terutama kepada umat Islam. Hukuman akibat kesalahan khalwat dan persetubuhan haram mengikut enakmen kesalahan syariah yang telah diwartakan disetiap negeri juga boleh ditampal di lobi hotel sebagai peringatan untuk semua pengunjung.
Selain daripada itu isu-isu kemasyarakatan dan hukuman akibat dosa zina dan khalwat boleh juga dijadikan topik utama dalam ceramah-ceramah maulud Nabi Muhammad SAW yang sedang semarak di adakan terutama sekali di Negeri Johor dewasa ini.
Peranan oleh ibubapa juga tidak boleh diketepikan. Walaupun kemungkinan anak-anak telah dewasa dan bekerja boleh sahaja mereka menziarahi rumah sewa mereka bagi mengetahui di mana dan dengan siapa mereka tinggal. Begitu pula sesekali ibubapa hendaklah menziarahi anak-anak yang sedang melanjutkan pelajaran di pusat-pusat pengajian tinggi bagi memupuk hubungan kekeluargaan sekaligus mengelak terjebak melakukan perbuatan mungkar.
Ataupun sebaiknya selalulah berhubung dengan mereka agar mereka merasa selalu diperhatikan walaupun ketika berjauhan. Ini kerana Ibubapa masih bertanggungjawab terhadap anak-anak dan akan dipersoalkan terhadap segala tingkah laku mereka selagi mereka belum berumahtangga. Insya Allah apabila semua pihak bersatu dan memainkan peranannya bagi membenteras kemungkaran berbagai gejala sosial dan moral yang berlaku kepada masyarakat Islam berjaya dibendung suatu hari nanti.
AHLAN WA SAHLAN WA MARHABAN
"BICARA SEORANG AZHARIY,MENEROBOS SEMPADAN ZAMAN"
Monday, February 13, 2012
Wednesday, February 8, 2012
SUKARNYA MENCARI YANG HALAL
Sebahagian daripada artikel ini telah disiarkan dalam Ruangan E-Mail Anda Akhbar Harian Metro bertarikh 13/2/2012 dengan tajuk "Bukan hanya babi, arak".
SAMBUTAN bulan keputeraan Baginda Nabi Muhammad SAW kali ini di selubungi dengan kebimbangan meningkatnya gejala murtad di kalangan masyarakat Islam. Seolah-olah ada yang sudah bosan berpegang dengan kepercayaan terhadap Tuhan Yang Maha Esa sehingga sanggup menggadaikan agama demi habuan dunia yang sementara. Keterlibatan masyarakat Islam dalam perkara ini walaupun masih sedikit tetapi jika tidak diatasi akan merosak nilai jatidiri kepercayaan Islam yang wajib dipelihara sekalipun nyawa menjadi galang gantinya.
Akibatnya lagi banyak perkara yang melibatkan soal halal dan haram juga tidak dapat diselesaikan dek kerana kerosakan akidah yang membelenggu umat Islam. Sebagai contohnya isu makanan dan keperluan harian yang halal bagi komuniti Islam yang turut dikupas oleh wartawan Akhbar Utusan Malaysia baru-baru ini.
Realitinya ia isu lapuk yang berpanjangan hingga ke hari ini. Realtinya lagi bukan mudah untuk umat Islam meloloskan diri daripada kemelut ini. Justeru tidak hairan jika aspek pemantapan akidah dan akhlak dalam skop yang luas pernah menjadi fokus utama dakwah Nabi Muhammad SAW ketika berdakwah di Kota Suci Mekah. Ini kerana tanpa kepercayaan yang mantap soal halal dan haram tidak dipedulikan. Begitu pula tanpa nilai akhlak yang mulia seseorang boleh sahaja terpesong daripada ajaran yang sebenar.
Lihat sahaja kepada makanan harian yang menjadi santapan seisi keluarga siang dan malam. Berapa ramaikah daripada kalangan umat Islam yang mengambil serius tentang perkara ini sehingga semua yang dibeli dan dimasak adalah produk yang telah mendapat pengesahan status halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Ataukah mungkin penilaiannya hanya berdasarkan selera dan keinginan nafsu makan semata-mata sehingga yang haram pada pandangan mereka apabila memakan produk berasaskan babi dan arak semata-mata.
Sebenarnya isu ini lebih besar daripada sekadar itu. Kebanyakan orang prihatin terhadap soal penyembelihan ayam yang mesti disembelih dengan nama Allah SWT dan mengikut peraturan syariat. Akan tetapi pernahkan ada yang memikirkan tentang makanan dan segala vitamin yang diberikan kepada ayam sehingga dalam tempoh 40-50 hari sahaja sudah matang dan boleh dijual. Persoalannya adakah dedak itu halal? Apakah bahan asas untuk menyediakan dedak makanan ayam dan ternakan lain juga halal? Daripada manakah ia diperolehi dan pelbagai lagi persoalan lain yang perlu difikirkan bersama.
Persoalan ini disulitkan lagi dengan budaya makan diluar yang semakin mendapat tempat dikalangan masyarakat Islam dewasa ini. Adakah pengusaha kedai makanan yang beragama Islam sendiri benar-benar sensitif sehingga semua bahan asas untuk menyediakan juadah yang dijual halal lagi berkhasiat.
Ataukah mungkin mereka lebih menitikberatkan dollar and sen lalu isu halal dan haram tidak diendahkan. Boleh sahaja mereka mengaut keuntungan berlipat kali ganda berikutan produk yang tiada logo halal lebih murah dan mudah diperoleh dipasaran. Keadaan ini diburukkan lagi dengan restoran yang berselindung disebalik bingkai ayat suci al-Quran dan pelayan yang berkopiah sepanjang masa sedangkan mereka bukan beragama Islam. Begitu pula sikap pengusaha produk makanan yang tergamak memalsukan loga halal JAKIM sehingga berjaya mengaburi pengguna Islam yang mula sedar akan kewajipan mencari yang halal.
Bagaimana pula dengan barangan keperluan harian seperti produk penjagaan dan kecantikan diri. Ini meliputi ubat gigi yang dipakai seawal bangkit daripada tidur, sabun untuk membersihkan badan mahupun sabun untuk membasuh pakaian dan pinggan mangkuk. Bagi yang gemar bersolek pula agaknya bahan apa yang disapu dimuka, gincu berasakan apa yang memerahkan bibir dan lain-lain lagi yang tiada pengesahan halal. Ini termasuk juga segala ubat-ubatan dan suplemen yang menggunakan gelatin yang banyak terdapat di pasaran pada masa kini. Begitu pula segala kelengkapan dan peralatan berasaskan bulu yang boleh diragui.
Melihat kepada fenomena ini tentunya begitu sukar sekali untuk mencari yang halal. Kelihatannya produk-produk yang diragui begitu banyak berlambak di pasaran sehingga sukar untuk dielakkan apatah lagi jika ia benar-benar diperlukan. Malah jika direnung-renungkan isu ini bukan lagi isu remeh temeh kerana melibatkan soal hubungan baik antara makhluk dan khalik. Ia melibatkan soal penerimaan ibadah di sisi Allah SWT. Soal makanan yang halal dan haram juga menjadi asbab untuk doa dan segala permohonan diperkenankan oleh Nya.
Sehubungan dengan itu masyarakat Islam diajak untuk lebih prihatin dan sensitif akan soal ini. Kerajaan melalui JAKIM telah memainkan peranannya dengan menguatkuasakan hanya satu logo halal sahaja yang diterima. Kini yang tinggal hanya sikap dan kesanggupan pengguna Muslim untuk beralih memilih hanya yang halal demi mengharapkan maghfirah dan keredaan dari-Nya. Semoga dengan jihad itu mampu memaksa pengeluar untuk mendapatkan pengesahan status halal sehingga manfaatnya kembali kepada seluruh pengguna. Pihak yang berwajib juga diharap dapat terus melipatgandakan usaha untuk memantau kegiatan pengeluar yang tidak bermoral sehingga berjaya dihadapkan ke muka pengadilan sebagai iktibar kepada yang lain.
Sesungguhnya makanan yang halal mampu mencorakkan peribadi setiap individu Muslim. Ia juga berupaya untuk memperelokkan sahsiah dan akhlak yang menjadi cerminan diri. Justeru itu berjihadlah dengan beralih kepada produk yang diyakini halal demi untuk kebaikan semua.

Monday, January 9, 2012
PERMULAAN MEMBANGGAKAN DI TAHUN 2012
Artikel ini telah diterbitkan dalam ruangan Rencana Akhbar Utusan Malaysia bertarikh 13 Januari 2012 dengan tajuk "Permulaan 2012 yang baik"
PERMULAAN tahun baharu 2012 menampakan bibit-bibit keceriaan dan kegemilangan buat seluruh rakyat Malaysia. Ini dapat dilihat dengan pelbagai pencapaian diperingkat antarabangsa mahupun kebangsaan yang berjaya diraih oleh beberapa figur terkenal tanahair sekaligus mengharumkan nama negara di mata dunia.
Kejayaan Datuk Lee Chong Wei mengalahkan musuh tradisinya Lin Dan dari China pada Pertandingan Badminton Terbuka Korea jelas menunjukkan dimana ada usaha disitu ada jalan yang terbuka luas buat sesiapa sahaja yang ingin maju dan meningkatkan potensi diri. Selain itu kejayaan Datuk Nicol Ann David menjuarai pertandingan akhir Skuasy Siri Dunia Akhir di London berjaya membuka mata dunia betapa disebalik Malaysia sebagai sebuah negara yang sedang membangun terdapat intan permata yang tidak ternilai harganya.
Kejayaan demi kejayaan yang berjaya diraih oleh atlet sukan negara di persada dunia seperti ini seharusnya menjadi contoh kepada komuniti pelajar untuk berjuang besungguh-sungguh bagi mencapai kejayaan dalam pelajaran, apatah lagi dengan musim persekolahan yang baharu sahaja bermula. Malah ia boleh dijadikan sumber inspirasi oleh pelajar disemua peringkat sama ada sekolah rendah, menengah mahupun di institusi pengajian tinggi untuk menumpukan sepenuh perhatian kepada aktiviti pembelajaran.
Untuk tujuan itu golongan pelajar dinasihat supaya tidak terlibat dengan sebarang aktiviti negatif dan kurang sihat seperti berpeleseran tanpa tujuan, terlibat dengan aktiviti jenayah seperti mencuri juga sebarang aktiviti yang boleh mengancam keharmonian dan kestabilan negara. Akibatnya masa depan mereka tergadai dan maruah keluarga juga tercalar. Masyarakat pelajar juga diingatkan supaya sentiasa menjaga sahsiah dan jati diri walau dimanapun mereka berada demi maruah agama, bangsa dan negara tercinta.
Selain itu masyarakat Islam secara umumnya turut diseru untuk memperdalami ilmu dan pengetahuan bagi meningkatkan martabat dan ketinggian Islam. Dalam hal ini tokoh-tokoh ilmuan Islam terkemuka seperti Ibnu Sina, al-Khawarizmi, al-Farabi dan lain-lain lagi patut dicontohi. Malah tidak salah jika dikatakan pencapaian umat Islam dalam bidang ilmu dan pengetahuan pada masa itu merupakan hadiah bernilai buat Eropah dan Negara Barat sehingga mereka berjaya keluar daripada kepompong zaman kegelapan yang menyiksakan. Lalu tanpa menoleh ke belakang Barat terus mengorak langkah ke hadapan dan meraih pelbagai kemajuan dalam pelbagai bidang sedangkan umat Islam masih lena dibuai kenangan indah sejarah silam yang mengkagumkan.
Di sudut pandang yang lain kemenangan Dr. Ezani Farhana Md Monoto dalam pertandingan Master Chef Malaysia yang pertama juga jelas menampakan betapa air tangan wanita lebih-lebih lagi yang bergelar ibu ataupun isteri masih berbisa apakala di dapur. Walaupun dunia masakan dan kulinari biasanya didominasi oleh golongan chef lelaki, kemenangan Dr. Ezani membuktikan betapa gelaran sebagai seorang doktor tidak menghalang wanita untuk berjaya di dapur.
Malah kesediaan isteri untuk menyediakan juadah kepada suami dan anak-anak boleh jadi mempertaut hubungan kekeluargaan yang kemungkinan renggang akibat kesibukan dengan kerjaya masing-masing. Usahlah semuanya diserahkan bulat-bulat kepada kepada pembantu rumah yang biasanya hanya berharap upah dan ganjaran semata-mata. Begitu pula walau setinggi mana pangkat dan jawatan yang disandang kesediaan isteri untuk sesekali turun ke dapur tidak sedikitpun merendahkan martabat dan kedudukan mereka di mata masyarakat.
Sementara itu penguatkuasaan Akta Perdagangan dan Pensijilan Halal pada 1 Januari 2012 yang lalu merupakan kejayaan buat seluruh umat Islam khususnya di Malaysia dalam usaha mencari yang halal. Kesungguhan dan keprihatinan pihak kerajaan juga pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi merealisasikan tuntutan halalan tayyiba seperti ini wajar diberi sanjungan dan penghormatan memandangkan masyarakat Islam di Malaysia adalah golongan pengguna yang terbesar.
Sungguhpun demikian kesedaran dan keprihatinan pengeluar dan pengguna terhadap logo halal juga perlu dipertingkatkan. Apalah gunanya penguatkuasaan logo halal JAKIM terutama pada produk yang berasaskan makanan jika masyarakat Islam khususnya masih berselera menjamah makanan yang tidak dipastikan aspek kehalalannya.
Golongan pengeluar juga disaran menyumbang kepada amalan Corporate Sosial Resposibility (CSR) kepada masyarakat pengguna dengan berusaha untuk memastikan produk yang dikeluarkan adalah halal dan berkhasiat, bukan semata-mata mengejar keuntungan yang kemungkinan memudaratkan orang lain. Malah dengan penguatkuasaan Akta Perdagangan dan Pensijilan Halal 2012 yang lalu mana-mana syarikat yang didapati bersalah menggunakan sebarang perbahasan halal terdedah kepada hukuman denda sehingga RM100,000 bagi individu dan RM250,000 bagi pertubuhan atau perbadanan atau tiga tahun penjara atau kedua- duanya sekali.
Badan perundangan dan kehakiman negara turut menempa sejarah dengan penghakiman figur politik negara yang tidak lekang dengan cerita-cerita panas dan sensasi. Tanggal 9 Januari 2012 sudah pasti hari yang sangat gembira buat Datuk Seri Anwar Ibrahim, keluarga dan juga penyokongnya apabila disabitkan tidak bersalah akibat kekurangan bukti atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya. Ia sekaligus mencerminkan ketelusan dan kebebasan badan perundangan negara yang berpaksikan kepada amalan perundangan sedia ada. Keputusan ini juga patut menjadi iktibar kepada semua golongan masyarakat dengan sentiasa berusaha untuk berlaku adil dalam membela kebenaran dan menghapuskan kebatilan. Jika tidak keamanan dan kestabilan negara yang dinikmati hari ini akan hancur dan musnah dalam sekelip mata dan bukan mudah untuk membangunnya semula.
Namun disebalik semua kejayaan itu terdapat hikmah yang terbesar yang kadang-kadang lekang daripada ingatan manusia. Kejayaan untuk mengabdikan diri kepada Tuhan Yang Esa sehingga mampu merubah corak dan gaya hidup seharian mula dipandang remeh. Ramai yang leka berfoya-foya sedangkan masa semakin pantas berlalu dan usia juga semakin meningkat tua. Marilah semua berusaha untuk berbakti kepada Ilahi demi mengharap kejayaan yang kekal lagi abadi.

Monday, December 19, 2011
SEGERA LESTARIKAN TARBIYAH MEKAH
Artikel ini telah diterbitkan dalam Ruangan Rencana Akhbar Utusan Malaysia bertarikh 21 Disember 2011
PENGALAMAN menunaikan fardu haji pada musim haji 1432 hijrah yang lalu pastinya meninggalkan seribu kenangan pahit manis kepada sejumlah 28,000 jamaah haji seluruh negara. Golongan baharu bergelar haji dan hajjah pasti mengakui betapa usaha-usaha untuk menyelesaikan rukun dan perkara wajib haji bukanlah suatu yang mudah. Setiap tetamu Allah SWT pasti melalui berbagai ujian dan cabaran sebelum lulus dan layak bergelar haji dan hajjah.
Berdasarkan pengamatan penulis yang baru pulang menunaikan fardu haji, ujian tersebut boleh jadi disebabkan cuaca ekstrim yang menyebabkan ramai diserang penyakit batuk kering yang berpanjangan walaupun setelah beberapa minggu kembali ke tanahair. Begitu pula hidangan makanan yang kurang menyelerakan bagi sesetengah orang, cukup menjadikan mereka kurus kering kerana tidak berselera menjamah juadah yang disediakan. Ini ditambah lagi dengan rutin harian terpaksa bersesak-sesak untuk menunaikan solat lima waktu di Masjidil Haram dan 40 waktu di Masjid Nabawiy menyebabkan ada yang mengaku kalah lalu solat di hotel penginapan masing-masing.
Kini setelah kembali ke tanahair tentu ramai yang berasa lega kerana tidak lagi perlu bermalam di khemah seperti di Arafah dan Mina ataupun bersusah-payah berjalan beberapa kilometer sehari bagi menyelesaikan kerja-kerja haji seperti melontar di ketiga-tiga jamrah pada hari-hari Tasyrik. Juga tidak lagi perlu beratur dan berebut-rebut untuk ke tandas.
Namun persoalan yang lebih penting untuk dibicarakan ialah bagaimana golongan haji dan hajjah berjaya melestarikan kesinambungan ibadah mereka di tanahair sama seperti pengalaman ibadah yang pernah dilaksanakan ketika di Tanah Suci Mekah dan Madinah. Ataupun mungkin sudah ada yang awal-awal lagi ketinggalan solat lima waktu ketika penerbangan pulang ke tanahair, ataupun terpaksa solat di akhir waktu kerana sibuk melayan anak cucu dan kaum kerabat yang bertandang ke rumah.
Perlu difahami betapa panggilan haji dan hajjah bukan sekadar gelaran eksklusif buat mereka yang berjaya menyelesaikan segala kerja-kerja haji dan terhenti di situ sahaja. Ia merupakan panggilan kekal seumur hidup dan akan dipertanggungjawabkan pula terhadap kelangsungan segala pengalaman dan pengajaran yang pernah ditimba hingga ke akhir hayat.
Hakikatnya itulah cabaran sebenar yang perlu dihadapi oleh golongan baharu dan lama bergelar haji dan hajjah. Malah itulah antara petanda betapa segala pengorbanan wang ringgit, masa dan tenaga yang disumbangkan ke jalan Allah SWT diterima dengan sebaiknya.
Segala amalan mulia seperti solat berjamaah, beriktikaf di masjid selama berjam-jam lamanya, mengaji al-Quran, berzikir dan melakukan pelbagai solat sunat ketika qiamullail sebaiknya diteruskan walaupun dalam kesibukan memulakan tugasan harian dan menyelesaikan kerja-kerja yang tertangguh.
Perlakuan ini bersesuaian dengan apa yang pernah diungkapkan oleh Imam al-Ghazali rahimahullah yang menyenaraikan beberapa gambaran positif seseorang yang dikurniakan nikmat haji mabrur. Antaranya berubah dengan bersosial bersama rakan-rakan yang lebih baik dan meninggalkan kerja-kerja dosa dan maksiat yang pernah dilakukan sebelum menunaikan fardu haji.
Golongan haji dan hajjah juga dinasihat supaya sentiasa menjaga nama baik dan kedudukan mereka dimata masyarakat. Usahlah kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Lebih menyedihkan apabila nama baik Islam tercalar dek kerana perbuatan buruk segelintir umat Islam apatah lagi yang berstatus haji dan hajjah dengan pelbagai perkara dosa dan maksiat.
Persoalan lain yang perlu difikirkan oleh golongan haji dan hajjah senior ataupun junior ialah bagaimana untuk mengekalkan ganjaran haji mabrur yang kemungkinan telah diperoleh. Begitu pula bagaimana untuk mengekalkan diri tanpa berbuat kemungkaran setelah kembali tanpa dosa ibarat bayi yang baru dilahirkan oleh ibunya. Ataukah setiap hari ganjaran dan pahala haji mabrur berkurangan hingga tiada apa yang tersisa untuk dipersembahkan kepada Allah SWT apabila kembali menghadapNya.
Sudah tentu ia sesuatu yang sukar dilaksanakan dalam realiti kehidupan semasa. Sebagai contohnya ketika di Tanah Haram tiada pakaian mendedahkan aurat dan menjolok mata, tetapi di tanahair ia seperti tontonan wayang percuma yang boleh dilihat dimana-mana. Begitu pula ketika di Tanah Haram segala tutur bicara diperhatikan bimbang terlanjur kata lalu mengundang bencana. Apabila pulang ke tanahair ia tidak lagi diperhatikan mungkin kerana tiada balasan serta merta yang dibimbangi.
Golongan haji dan hajjah juga diseru menjadi pendakwah untuk mengajak sanak saudara dan rakan taulan agar bersegera menunaikan fardu haji. Hidangan air Zam-Zam, kurma dan kekacang yang menjadi juadah kepada tetamu yang bertandang ke rumah hendaklah diselitkan dengan peringatan agar mereka segera mendaftar di Tabung Haji untuk menunaikan rukun Islam yang ke-5.
Semoga segala susah payah dan pengorbanan yang dilalui sebagai tetamu Nya dibalas dengan ganjaran haji mabrur dan nikmat Syurga yang tidak ternilai harganya. Begitu pula segala kisah suka duka yang diceritakan oleh para tetamu Allah sekembalinya ke tanahair tidak dijadikan alasan oleh segelintir masyarakat Islam untuk berlengah daripada menabung bagi menunaikan fardu haji dengan pelbagai alasan yang direka sendiri. Malah umat Islam diseru untuk belajar daripada pengalaman orang lain supaya tidak terlibat melakukan kesilapan yang sama.

Wednesday, October 12, 2011
Konsep doa yang dituntut
AMALAN mengadakan kenduri doa selamat dan meraikan pemergian bakal haji ke Tanah Suci Mekah sudah menjadi kebiasaan masyarakat Islam di Malaysia. Tidak ketinggalan juga kebiasaan mengirim hajat dan doa tertentu untuk dibacakan di Tanah Suci sambil berharap keberkatan Tanah Haram lalu segala doa dimakbulkan. Malah dek kerana rasa kecintaan yang tidak berbelah bahagi kepada junjungan mulia Baginda Nabi Muhammad SAW, ramai yang tidak lupa berkirim salam kepadanya. Begitulah hebatnya aura tetamu Allah SWT yang telah dimuliakan sejak di tanahair lagi.
Namun begitu individu Muslim seharusnya memahami konsep doa yang sebenar sehingga ia tergolong dalam kategori ibadah dan pergantungan yang mutlak hanya kepada Nya. Perlu juga difahami bahawa asas kepada penerimaan setiap doa turut dipengaruhi oleh individu yang terlibat. Kirimlah seberapa banyak doa kepada bakal haji, mintalah pula supaya doa tersebut di bacakan di Multazam, di bawah pancuran emas di Hijir Ismail, di kawasan Sai’e mahupun di Padang Arafah tetap tidak akan memberi kesan jika pengirimnya masih terbelenggu dengan dosa dan maksiat yang tidak berkesudahan.
Dengan semata-mata berdoa juga berkemungkinan tidak mampu merubah apa-apa. Ia hendaklah disertai dengan usaha yang bersungguh-sungguh sambil bertawakkal mengharap keredaan dan kurnia daripada Yang Maha Kuasa. Umat Islam turut diperintah untuk sentiasa melaksanakan ketaatan sebagai usaha untuk diperkenankan apa sahaja permohonan. Malah segala yang dimakan dan diminum juga perlu diperhatikan bagi mengelak doa ditolak.
Baginda Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud; Sesungguhnya Allah Ta'ala baik, Dia tidak menerima kecuali perkara yang baik. Dan sesungguhnya Allah telah memerintahkan orang-orang mukmin dengan apa yang telah diperintahkan kepada para Rasul di mana Allah Ta'ala berfirman: (Wahai para Rasul! Makan minumlah kamu makanan yang baik baik dan hendaklah kamu beramal soleh). Dan Allah Ta'ala berfirman: (Wahai orang-orang yang beriman! Makan minumlah kamu makanan yang baik-baik yang Kami rezekikan kepada kamu). Kemudian Baginda menyebut perihal seorang lelaki yang bermusafir jauh, yang berambut kusut masai dan berdebu, yang menadah tangan ke langit (iaitu berdoa): Wahai Tuhanku! Wahai Tuhanku! Bagaimanakah doanya akan dimakbulkan sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan dia dikenyangkan dengan makanan yang haram? (Hadis riwayat Muslim)
Perkara ini juga ada kaitan dengan program solat hajat setiap kali menjelang peperiksaan utama seperti UPSR,PMR SPM dan STPM yang sering diadakan di sekolah dan masjid-masjid. Secara umumnya ia sesuatu yang dituntut dalam usaha untuk memperoleh kekuatan spritual yang sememangnya diperlukan oleh individu Muslim. Namun kelihatan ia ibadah bermusim, malah kadang-kadang solat fardu dan ibadah-ibadah wajib yang lain pula terabai setelah musim peperiksaan berakhir. Ada pula yang menyalahkan takdir apabila doa dan apa yang dihajatkan tidak kesampaian setelah bersusah-payah menunaikan solat hajat.
Begitu juga ramai kalangan umat Islam yang bercita-cita dan berdoa agar diberi kesempatan menunaikan fardu haji. Malah keinginan itu meluap-luap setiap kali tiba musim haji yang mana ada rakan sekerja mahupun jiran tetangga yang terpilih menjadi tetamu Allah. Ramai yang berpesan supaya mendoakan agar mereka segera dijemput ke Tanah Suci. Namun begitu jika tiada usaha untuk menabung misalnya ia boleh jadi ibarat hangat-hangat tahi ayam, tamat musim haji cita-cita ke Mekah turut terhenti di situ.
Justeru itu nikmat naik pangkat, nikmat naik gaji seperti yang diumumkan dalam budget 2012 yang lalu dan nikmat beroleh laba lumayan daripada usaha perniagaan hendaklah disyukuri dengan memperuntukkan sebahagian pendapatan bulanan bagi tujuan menunaikan fardu haji. Dianggarkan jika seseorang berkorban menabung RM200 sebulan Insya Allah dalam tempoh lima tahun tabungan tersebut akan meningkat kepada RM12,000 yang sangat mencukupi untuk mengerjakan fardu haji buat masa kini.
Di sudut pandang yang lain jamaah haji pastinya punya keistimewaan tersendiri mampu berdoa di Multazam, mampu bermunajat di kawasan Raudhah yang merupakan tempat makbul doa. Sayogianya peluang dan kesempatan ini tidak dipersiakan. Ambillah peluang dan kesempatan untuk mendoakan kesejahteraan diri dan keluarga juga jiran tetangga dan rakan taulan di tanahair.
Malah tidak salah jika seseorang mendoakan keamanan dan kesejateraan untuk rakyat dan negara Malaysia secara umumnya. Begitu pula doa untuk saudara-saudara seagama yang tertindas seperti di Palestin dan lain-lain, manefestasi daripada falsafah pelaksanaan ibadah haji yang mempersaudarakan umat Islam tanpa mengira latarbelakang budaya dan negara tertentu.
Mungkin ada yang bertanya kenapa setelah lama berdoa hajat yang dipohon belum diperkenankan lagi. Jawapan kepada persoalan ini boleh diperhatikan dari dua sisi yang berbeza. Pertama, boleh jadi apa yang dipohon belum sesuai untuk diberikan pada masa itu kerana dengan ilmu dan pengetahuan Allah SWT ia mungkin memudaratkan akidah dan syariat seseorang. Kedua, ia boleh saja merupakan suatu bentuk ujian kepada manusia untuk menilai sejauh mana keimanan dan ketakwaan mereka kepada Allah SWT sehingga terus berdoa dan berdoa tanpa berputus asa.
Semoga apa yang dipohon akan diraih suatu hari nanti kalau tidak di dunia kemungkinan di hari kemudian berkat keyakinan dan penggantungan yang tinggi kepada Allah SWT. Ingatlah juga betapa doa adalah senjata Mukmin yang jika digunakan dengan sebaiknya mampu menjadikan Islam dan umatnya dipandang tinggi di persada dunia.

Monday, September 5, 2011
SERONOKNYA BERGELAR HAJI DAN HAJJAH DI USIA MUDA
Sebahagian daripada artikel ini telah tersiar dalam ruangan Email anda akhbar Harian Metro bertarikh 10 Okt. 2011
SIAPA yang tidak berbangga dipanggil dengan gelaran Tuan Haji ataupun Puan Hajjah di usia muda. Namun begitu gelaran yang seakan sinonim dengan golongan berumur dan berpencen ini jarang dibicarakan oleh golongan muda. Ramai daripada kalangan mereka lebih seronok berfoya-foya, bersosial dan mengejar kerjaya berbanding memikirkan tentang haji dan ibadat-ibadat yang lain.
Berbagai alasan sering dikemukakan sebagai dalih untuk pergi haji. Antara yang popular dan acapkali dikatakan seperti belum sampai seru, usia masih muda dan banyak dosa lalu tidak layak untuk bergelar haji dan hajjah.
Setiap individu Muslim selayaknya menyedari betapa ibadat haji termasuk rukun Islam yang ke-5, difardukan sekali seumur hidup bagi setiap orang Islam yang baligh, berakal, merdeka dan berkuasa. Ini termasuklah berkemampuan menyediakan kos perjalanan pergi balik, sihat tubuh badan dan berkelapangan dari segi masa. Selain itu disyaratkan juga ada bekalan yang mencukupi untuk diri sendiri dan tanggungan di tanahair.
Justeru itu golongan muda yang sudah berkerjaya dan berkemampuan untuk menunaikan kefarduan ini diharap tidak berlengah mempersia-siakan usia muda, kekuatan fizikal dan kesihatan anugerah Ilahi untuk mengabdikan diri kepadanya.
Alasan masih muda belia hendaklah dijadikan motivasi untuk berjihad dengan wang ringgit, masa dan tenaga untuk menyahut panggilan menunaikan haji yang telah dilaungkan sejak zaman Nabi Ibrahim A.S. lagi. Inilah juga kesempatan buat golongan muda membersihkan diri daripada pelbagai dosa dan sifat mazmumah yang sering membelenggu diri.
Menyelesaikan segala kerja-kerja haji juga bukanlah perkara yang mudah. Dengan jumlah tetamu Allah SWT yang mencecah hampir 3 juta orang pada satu-satu masa, ditambah lagi dengan keadaan cuaca ekstrim serta persekitaran berhabuk dan kurang selesa merupakan cabaran dan ujian yang umumnya mampu dihadapi oleh golongan muda. Walaupun tidak dinafikan terdapat golongan berumur yang kadang-kadang lebih bertenaga daripada orang muda.
Kemuncak pelaksanaan ibadah haji yang bermula dengan amalan wukuf di Arafah pada hari ke-9 Zulihijjah, diikuti dengan bermalam di Muzdalifah, bermalam di Mina, melontar Jamrah Aqabah dan melontar ketiga-tiga jamrah Ula, Wusta dan Kubra adalah waktu yang paling kritikal.
Berjam-jam dalam kenderaan walaupun jarak perjalanannya dekat, bersesak-sesak di khemah penginapan sementara, berebut-rebut untuk ke bilik air di tambah lagi dengan rehat dan tidur yang tidak tentu masa selama lebih kurang lima atau enam hari berturut-turut bagi menyelesaikan perkara rukun dan wajib haji biasanya menyebabkan tetamu Allah diuji dengan demam panas dan batuk-batuk.
Ia bukanlah perkara luar biasa tetapi itulah sekelumit daripada kisah suka duka yang terpaksa dihadapi oleh tetamu Allah yang sanggup berkorban apa sahaja demi mengharap ganjaran mulia beroleh haji mabrur. Itulah juga cerita-cerita yang menjadi buah tangan yang biasanya di bawa pulang ke tanahair berserta kurma dan air zam-zam buat renungan orang tersayang.
Dengan segala susah payah dan pengorbanan bagi menunaikan fardu haji bukan sahaja golongan muda malah kalangan yang sudah berumur dan belum bergelar haji dan hajjah diseru mengambil kesempatan bermulanya miqat zamani daripada 1 Syawal hinggalah ke waktu terbit fajar hari ke-10 Zulhijjah untuk memperbaharui tekad dan azam bersegera menunaikan fardu haji. Ataupun setidak-tidaknya berusahalah dengan penuh dedikasi untuk berdikit-dikit menabung dan mendaftarkan diri sebagai tetamu Allah di mana-mana cawangan Tabung Haji yang berhampiran. Jika tidak alasan hanya tinggal alasan, angan-angan akan kekal dan tidak akan kesampaian.
Baginda Nabi Muhammad SAW diriwayatkan pernah bersabda yang bermaksud “Barangsiapa yang mempunyai bekalan dan kenderaan yang boleh menyampaikannya ke Baitullah, tetapi ia tidak menunaikan haji (hinggalah ia mati dengan tidak ada keuzuran baginya) maka tidak ada halangan baginya mati sebagai Yahudi dan Nasrani, (dari segi seksanya) kerana Allah SWT telah berfirman dalam kitab Nya yang bermaksud “Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadah haji. (Dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu dan berkuasa sampai kepadanya. (Riwayat Imam al-Tirmiziy dan al-Baihaqiy)
Lebih daripada itu setiap individu Muslim perlu berusaha mensucikan jiwa daripada sifat mazmumah seperti bangga diri, sombong dan sifat hasad dengki sebagai persediaan untuk bergelar haji dan hajjah. Segala amalan maksiat hendaklah ditinggalkan dan diganti dengan melaksanakan kewajipan solat dan ibadah sunat dengan sempurna. Kesemua daripada perkara yang mulia ini merupakan sumber kekuatan kepada setiap individu Muslim untuk mengharungi onak dan duri menyahut seruan haji, yang pastinya bakal dihadapi oleh setiap tetamu Allah SWT tanpa mengira usia dan status seseorang.
Ketidakcukupan sumber kewangan bagi membiayai kos haji termasuk tiada kesempatan masa hendaklah diadukan kepada Allah SWT yang berkuasa menentukan segala-galanya. Bak kata pepatah di mana ada usaha di situ ada jalan. Begitu pula nikmat usia yang masih muda dan sihat walafiat selayaknya dipergunakan untuk memperhambakan diri kepada Allah SWT bukan dengan berseronok melakukan dosa dan nista yang mengundang kemurkaan Nya.

Saturday, August 27, 2011
Kesilapan di hari lebaran
Suasana riang dan gembira jelas terpancar di wajah umat Islam di seluruh tanahair dengan ketibaan hari lebaran. Pastinya kanak-kanak antara yang paling ceria berhari raya ke sana dan kemari dengan pakaian serba baharu, sambil berpeluang mengumpul duit raya. Kesempatan cuti panjang sempena hari raya juga menjadikan kampung halaman riuh rendah dengan hilai tawa perantau yang pulang beraya ke kampung. Namun begitu disebalik kemeriahan sambutan Hari Raya Aidilftri yang diraikan setahun sekali terdapat beberapa kesilapan yang dilakukan oleh umat Islam yang tidak bertepatan dengan kemenangan menyambut hari lebaran.
Mana tidaknya kawasan tanah perkuburan yang sunyi sepi tiba-tiba bertukar wajah seakan menjadi tapak pesta di pagi 1 syawal. Ada pula yang mengambil kesempatan berniaga dengan menjual bunga-bungaan dan air mawar kepada pengunjung yang datang. Ia adat kebiasaan yang dilakukan saban tahun apabila tiba pagi Syawal yang sememangnya sukar untuk dihentikan. Mungkin kerana jarang-jarang pulang ke kampung peluang ini dimanfaatkan untuk menziarahi pusara orang tersayang, walaupun ia secara umumnya tidak sesuai dengan situasi dimana semua sedang bergembira.
Ini diburukkan lagi dengan sikap pengunjung yang tidak menjaga adab seperti tidak memberi salam ketika masuk ke kawasan perkuburan, bercakap perkara yang tidak sopan, tidak menutup aurat malah terlibat pula melakukan perkara-perkara khurafat. Adalah lebih molek jika pagi 1 Syawal diganti dengan menziarahi orang yang masih hidup seperti orang tua dan kaum kerabat sambil bersalaman dan memohon kemaafan atas segala salah silap. Atau sekiranya ingin juga berziarah ke pusara berkunjunglah pada hari-hari yang lain seperti di akhir Ramadan dan bukannya pagi 1 Syawal yang sayogianya di raikan dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan.
Terdapat pula segelintir masyarakat Islam yang seakan begitu teruja sekali untuk menunaikan solat sunat hari raya sedangkan solat fardu terabai dek kerana seronoknya berhari raya. Ada pula yang tanpa rasa malu tidak penuh berpuasa di bulan Ramadan tetapi hadir bersolat hari raya. Mungkin kerana telah berhabis shopping baju raya dan seronok untuk bergaya segalanya diketepikan. Termasuk kesilapan dan dosa yang lebih besar apabila terdapat segelintir orang Islam yang langsung tidak peduli untuk solat tidak kira solat fardu mahupun solat sunat. Justeru itu betulkan niat berpakaian baharu di bulan Syawal bukan untuk membangga diri mahupun menunjuk-nunjuk tetapi elok dijuruskan kepada pengabdian diri kepada Allah Yang Maha Esa.
Perlu juga diingatkan betapa ketibaan 1 Syawal bukan masa untuk mengqaqa dosa dan maksiat yang berhenti dilakukan sebulan yang lalu. Apalah ertinya melalui proses tarbiyah Ilahiyah di bulan Ramadan selama sebulan kemudian dirosakkan dalam masa tak sampai satu hari. Jika itu berlaku boleh jadi ia petanda betapa ramai orang yang berpuasa tetapi mereka tidak memperoleh apa-apa kecuali rasa lapar dan dahaga sebagaimana yang pernah dinyatakan oleh Nabi Muhammad SAW dalam hadisnya. Malah ganjaran takwa kurnia Allah kepada hambaNya yang berjaya menempuh jihad Ramadan juga jauh panggang dari api.
Ini kerana ramai yang menyambut hari raya tanpa mempedulikan cara berpakaian yang menutup aurat. Ada pula dikalangan muda-mudi yang berhari raya dipanggung wayang yang kemungkinan terlibat pula melakukan dosa dan noda yang terkutuk. Malah ada pula yang mengambil kesempatan memadu kasih di kawasan tumpuan awam tanpa sekelumit rasa bersalah.
Ketibaan Syawal juga bukanlah masa untuk makan sebanyak-banyaknya. Ini kerana enjin penghadaman yang baru memulakan tugas setelah bercuti hampir sebulan tidak memproses makanan di siang hari dikhuatiri terperanjat dengan lambakan makanan yang dimakan terutama yang berempah dan pedas-pedas. Akibatnya ramai yang merana sakit perut mahupun cirit-birit di saat orang lain bergembira. Golongan perokok juga dinasihat tidak begitu teruja membalas dendam dengan menghisap berkotak-kotak rokok di hari lebaran kerana bakal mengundang padah kepada diri sendiri.
Adalah lebih baik jika golongan ini berusaha untuk berhenti merokok dan memulakan Syawal dengan nafas yang baru. Perkara ini juga adalah selari dengan ajaran syariat yang mengajak umatnya untuk tidak membazirkan rezeki kurniaan Tuhan kepada perkara yang memudaratkan.
Ketibaan hari lebaran sebaiknya dimanfaatkan pula dengan amalan kunjung mengunjung bagi mempererat hubungan silaturrahim antara sanak saudara dan kaum kerabat. Oleh itu para ibubapa disaran tidak membiarkan anak-anak asyik menonton televisyen dengan pelbagai rancangan menarik yang ditayangkan sempena hari raya. Golongan muda hendaklah dibiasakan dengan amalan mulia ini kerana suatu hari nanti merekalah yang akan mewarisinya. Bawalah mereka berkenalan dengan saudara-mara dan jiran tetangga. Malah inilah kesempatan terbaik untuk bermaafan dan menghentikan persengkatan yang berlaku jika ada. Seperti kata pepatah buang yang keruh ambil yang jernih.
Disudut yang lain keengganan sesetengah masyarakat menerima kunjungan tetamu termasuk kanak-kanak untuk berhari raya adalah juga kesilapan di hari baik bulan baik ini. Mungkin kerana tidak mahu rumah berkecah dan malas melayan tetamu mereka dilayan dipintu pagar sambil menghulurkan sampul duit raya. Sungguhpun begitu itu umat Islam diingat supaya prihatin dengan waktu berziarah.
Perbuatan berziarah tanpa ikut masa termasuk ketika ketika waktu tengahari ataupun lewat malam adalah bersalahan dengan ajaran syariat. Menurut adabnya lagi tetamu yang datang hendaklah terlebih dahulu memberi salam sebanyak 3 kali jika tiada yang mempersilakan masuk maka eloklah beredar kerana boleh jadi tuan rumah tidak bersedia menerima tetamu. Usahlah juga terlalu lama berziarah kerana berkemungkinan tuan rumah ada urusan dan keperluan lain yang hendak diuruskan.
Disamping itu umat Islam diminta sentiasa bersabar dan berhemah ketika dijalanraya. Jangan rosakkan kegembiraan hari raya dengan kesedihan pemergian orang yang tersayang akibat kecuaian dan kesalahan sendiri.
Akhirnya Syawal yang tiba wajib disambut dengan amalan berteraskan syariat, jauh daripada perlakuan dosa dan maksiat yang terlarang. Apatah lagi ketika ini, syaitan baharu sahaja bebas daripada dibelenggu. Tentunya ia kesempatan untuk kembali aktif, menggangu individu lemah iman dan gagal melalui Ramadan dengan cemerlang. Kegembiraan bertemu Syawal hendaklah disyukuri dengan berusaha untuk segera mempraktikkan pendidikan Ramadan agar berjaya mengharungi liku-liku hidup yang penuh pancaroba.

Subscribe to:
Posts (Atom)