Thursday, February 26, 2009

Sejarah Pembesaran Masjidil Haram


SEWAKTU Nabi Ibrahim a.s. dengan bantuan puteranya, Ismail a.s. mendirikan Kaabah atas perintah Allah SWT, ia adalah sebuah bangunan yang didirikan di tengah-tengah kawasan terbuka. Kedudukannya ini mendefinisikan arah kiblat umat Islam. Pada masa itu solat dan tawaf dilakukan di kawasan yang terbuka. Malah binaan bangunan ini tidak berubah-ubah sehinggalah ke zaman Nabi Muhammad SAW.Keadaan Masjidil Haram pada masa Nabi SAW dan Saidina Abu Bakar tidaklah seluas seperti sekarang.

Pada zaman Saidina Umar dan Uthman, masjid ini diperluaskan dan dibina dinding di sekelilingnya. Kerja-kerja pembaikan terus dilakukan sehingga pemerintahan Dinasti Umaiyyah. Usaha untuk memperindahkan bangunan ini secara besar-besaran dilakukan pada zaman Kerajaan Abasiyah. Ketika Sultan Salim II (1566-1574 M) daripada kerajaan Uthmaniah memerintah, baginda beberapa kali memperbaiki dan menambah bangunan berupa atap kecil.

Kaum Quraisy yang merupakan ketua puak Arab direkodkan adalah pihak yang bertanggungjawab melaksanakan pembesaran pertama sekeliling Kaabah iaitu pada 604. Diikuti sekurang-kurangnya 10 fasa pembesaran Masjidil Haram.

Yang pertama padan zaman pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab. Khalifah kedua selepas Saidina Abu Bakar ini telah menetapkan sempadan dan yang terakhir dilakukan semasa pemerintahan Al-Malik Fahd, kerajaan monarki Arab Saudi yang kelima.

Walau bagaimanapun, sehingga pembesaran pertama pada 1955 di bawah Raja Abdulaziz Al-Saud, masjid itu hanyalah sekadar ruang terbuka yang dikelilingi oleh bangunan-bangunan beratap yang bersebelahan, sekali gus menandakan sempadan.

Khalifah ketiga, Othman bin Affan merancang semula terutamanya untuk ruang tawaf dengan merobohkan khemah-khemah yang kurang penting.

Pada 1988, sekali lagi Masjidil Haram melalui pembesaran secara besar-besaran pada masa pemerintahan Al-Malik Fahd. Selepas perluasan itu, keluasan Masjidil Haram menjadi 117,480 meter persegi iaitu 16,745 peratus lebih besar saiznya pada zaman Baginda Rasulullah SAW.

Penambahan kawasan lantai yang lebih teguh serta pertama kalinya diperkenalkan pengunaan penghawa dingin merupakan pembesaran kali kedua Masjidil Haram.Pembesaran kali kedua ini juga melibatkan kawasan berbumbung yang terbuka untuk tujuan solat dan tawaf serta pelebaran perkarangan di pintu gerbang Bab Al-Malik dan Bab al-Salam.
Hamparan jernih batu marmar yang berkilat di laluan perkarangan pintu masuk turut memberi keselesaan kepada tetamu Allah terutamanya sewaktu mendirikan solat di sebelah malam.Namun yang paling penting ialah penambahan penyediaan kemudahan tandas dan tempat berwuduk yang dibina di bahagian bawah tanah, telah berjaya menjadikan urusan jemaah haji lebih selesa dan dapat memberi tumpuan kepada penyerahan diri kepada Allah SWT.

RESEPI KEJAYAAN DAKWAH

Disiarkan diUtusan Malaysia Ruangan Rencana 27hb. Feb. 2009

SEMPENA Bulan Dakwah Kebangsaan yang dilancarkan oleh kerajaan baru-baru ini, golongan pendakwah diseru mengambil kesempatan untuk mempergiat aktiviti penyampaian dakwah kepada semua lapisan masyarakat selaras dengan tema untuk mewujudkan khaira ummah iaitu ummah terbaik.

Dalam usaha untuk mencapai matlamat itu pendakwah hendaklah memantapkan diri dengan pelbagai disiplin ilmu termasuk memiliki kemahiran menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) sebagai medium penyampaian dakwah yang berkesan. Langkah ini dilihat berbaloi apabila jumlah pengguna internet di Malaysia dilaporkan mencecah 500,000 orang.

Dalam era globalisasi maklumat tanpa sempadan, kemahiran itu boleh digunakan sebagai mekanisme untuk menjawab segala tohmahan dan kritikan tidak berasas terhadap peribadi Nabi Muhammad SAW dan syariat Islam yang mulia, yang banyak disebarkan menerusi laman web dan blog-blog.

Golongan pendakwah juga harus sentiasa mengamalkan prinsip cakap serupa bikin. Mereka memikul amanah Allah SWT untuk sentiasa melaksanakan segala ajaran agama dalam diri sendiri sebelum menyuruh orang lain untuk melakukannya.

Kealpaan pendakwah mempraktikkan prinsip itu bukan sahaja itu menyebabkan objektif dakwah tidak tercapai malah bakal mengundang kemurkaan Allah SWT yang berfirman, maksudnya; Wahai orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak kamu lakukan! Amat besar kebenciannya di sisi Allah (apabila) kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak lakukan. (Surah al-Saf ayat 2-3).

Bahkan dalam situasi masa kini di mana berlaku kepincangan dalam aspek akhlak dan moral masyarakat Islam, dakwah menerusi personaliti mulia (dakwah bilhal) lebih elok dipraktikkan berbanding dakwah melalui mulut yang belum tentu mencapai hasil yang diharap-harapkan.

Pendakwah hendaklah mempersiap diri dengan akhlak mulia, penyabar dan tidak cepat melenting apabila ditegur. Sikap terbuka dan tidak memandang rendah kepada kewibawaan orang lain adalah resipi kejayaan dakwah.

Setiap individu harus menerima hakikat bahawa manusia dilahirkan dengan kelebihan dan kekurangan masing-masing. Adalah mulia jika segala kelebihan itu dikongsi bersama bagi memantapkan misi dakwah, manakala kekurangan diperbaiki untuk faedah bersama.

Kaedah dan cara berdakwah pula perlu seiring dengan situasi semasa agar dakwah tidak hanya tertumpu kepada segelintir masyarakat sahaja. Pendekatan dakwah secara bijaksana penting agar segenap lapisan masyarakat mendapat manfaat daripada aktiviti dakwah yang dijalankan. Golongan muda dan remaja Islam yang seperti hilang arah hidup sepatutnya menjadi tumpuan pendakwah kerana mereka bakal menjadi pewaris negara pada masa hadapan.

Pendekatan dakwah yang sesuai untuk golongan ini perlu difikirkan bersama oleh semua pihak bagi menarik lebih ramai golongan muda mempraktikkan perintah agama seperti solat yang kemudiannya mampu mendidik sahsiah dan peribadi mereka.

Lebih daripada itu, pendakwah hendaklah sentiasa mendekatkan diri kepada Allah SWT. dengan memperbanyak melakukan ibadah dan bermunajat kepada-Nya. Pendekatan ini merupakan persediaan spiritual yang mampu menahan segala ujian dan cabaran dakwah yang bermacam ragam, kerana bukan mudah untuk membentuk akhlak dan peribadi manusia.

Ada yang menyokong dan tidak kurang pula yang membantah dengan melakukan tindakan di luar batasan. Kekuatan dalaman dan pergantungan mutlak kepada Allah SWT diperlukan untuk menghadapi situasi getir itu. Golongan para Nabi dan Rasul utusan Allah SWT adalah golongan yang banyak menerima cabaran berat ketika berdakwah kepada kaumnya. Terdapat di kalangan mereka yang bergelar Ulul Azmi, kerana hebatnya tribulasi dakwah yang terpaksa dihadapi. Nabi Ibrahim AS pernah dibakar oleh kaumnya namun dipelihara oleh Allah SWT daripada musibah itu. Nabi Muhammad SAW juga menerima berbagai-bagai ujian berat dalam usaha untuk mengajak manusia supaya mengesakan Allah SWT.

Sifat buruk seperti keras hati, gemar berdebat, menyangka diri yang terbaik, sombong dan mata duitan adalah sifat-sifat yang merosakkan peribadi pendakwah di mata masyarakat. Amalan buruk ini bakal mengundang malapetaka dan merosakkan matlamat dakwah yang dicita-citakan. Pendakwah perlu menghindari diri daripada sifat buruk ini jika mahu diterima oleh masyarakat. Pelbagai gerakan dakwah yang wujud di Malaysia perlu bersatu hati bagi mencapai tujuan dan matlamat dakwah yang sama.

Jangan asyik menuding jari menyalahkan orang lain sebaliknya sama-sama mencari jalan keluar kepada permasalahan yang berlaku. Pepatah ada menyebutkan bersatu kita teguh bercerai kita roboh.

Masyarakat Islam juga diseru agar turut bersama-sama dalam aktiviti dakwah menyeru kepada yang baik dan mencegah perkara-perkara mungkar dan tidak hanya berharap kepada golongan agama bagi memikul tanggungjawab ini.Kesedaran semua anggota masyarakat dalam melaksanakan gerak kerja dakwah amat-amat diharapkan. Malahan cabang dakwah yang luas memberi peluang kepada semua pihak untuk sama-sama bertugas sebagai agen penyampai dakwah.

Guru berdakwah dengan menyampaikan ilmu kepada murid, peruncit berdakwah melalui sifat amanah dan jujur dalam perniagaan dan setiap individu muslim berdakwah melalui akhlak dan peribadi mulia sehingga mampu memperlihatkan kecantikan Islam di mata masyarakat lain.

Selain pendakwah, setiap individu Muslim wajib memikul amanah bagi memelihara diri dan keluarga mereka daripada kesesatan. Perbuatan sesetengah ibu bapa yang tidak mempedulikan perlakuan buruk anak-anak adalah sikap tidak bertanggungjawab yang bakal merosakkan masa depan mereka sebagai pemuda harapan bangsa dan agama. Bahkan ibu bapa akan dipertanggungjawabkan dengan persoalan itu di hadapan Allah SWT di akhirat kelak.

Pendakwah semestinya memahami tugas dakwah adalah tugas yang berat dan memakan masa yang panjang. Pendakwah tidak boleh berputus asa kerana yang berhak dan berkuasa memberi petunjuk hanyalah Allah SWT sebagaimana dalam firman-Nya yang bermaksud; Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayat petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi (supaya dia menerima Islam), tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayat petunjuk kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut undang-undang peraturan-Nya) dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang (ada persediaan untuk) mendapat hidayat petunjuk (kepada memeluk Islam). Surah al-Qasas ayat 56).

Untuk itu usaha dakwah tidak hanya meriah dalam bulan dakwah sahaja. Dakwah sepanjang masa diperlukan bagi menarik lebih ramai orang Islam mengamalkan ajaran agama dalam kehidupan seharian sekali gus menyumbang kepada minat masyarakat lain untuk mengenali dan mendalami Islam sebagai agama yang benar lagi diterima oleh Allah SWT. Usaha ini juga mampu untuk menangkis tanggapan-tanggapan buruk yang dilontarkan kepada Islam dan penganutnya.

Sunday, February 22, 2009

MEROKOK TAK BAHAYA

Saya tertarik untuk berkongsi tulisan seorang PEGAWAI KANAN KERAJAAN GRED 52, yang mengatakan rokok tidak merbahaya & boleh menyebabkan awat muda. Khususnya bagi yang busy tak sempat tengok paper untuk renungan kita bersama, betapa rokok jadi penyebab manusia keras hati, angkuh dan tak mahu dengar nasihat. Tulisan ini disiarkan dalam akhbar Utusan Malaysia ruangan Sulur Bidai (21 Feb.09), rentetan daripada tulisan Sulur Bidai yang mengatakan PEROKOK TAK ADA OTAK ATAU PENGUATKUASA TAK BERANI.(14 Feb 09). Berikut kenyataan yang ditulis dalam ruangan tersebut.

SELEPAS menulis mengenai perokok yang tak ada otak di Putrajaya minggu lepas, Bidai menerima bermacam-macam e-mel yang menyokong, memberi cadangan dan ada juga yang membangkang.Namun dalam beratus-ratus e-mel itu, bidai tertarik dengan satu e-mel kiriman Saudara Razim Noor, seorang kakitangan kerajaan yang mempertahankan tindakan perokok.Malah katanya, dia yang sudah merokok sejak 33 tahun lalu mengatakan dia lebih awet muda, tidak semput dan seorang yang berdisiplin dalam membuang putung rokoknya.

Bidai terdiam dan tersenyum. Mungkin saudara Razim betul atau mungkin dia ni tidak berpijak di bumi yang nyata. Entahlah, kalau dah perokok tu, perokok jugak. Sel-sel yang rosak di otak beginilah jadinya. Semua nya dikatakan betul.

Di sini, Bidai serahkan kepada pembaca menilai tulisan Saudara Razim untuk diteliti dan Bidai turut berharap, isteri, anak-anak dan rakan setugas Saudara Razim membaca e-mel suami dan ayah mereka supaya mereka juga dapat membuat penilaian.

Selain itu, jika merokok ini baik, tidaklah Mahkamah Florida mengarahkan sebuah syarikat tembakau terbesar di Amerika Syarikat, Philip Morris supaya membayar sebanyak AS$8 juta (RM29.3 juta) kepada balu mangsa kanser paru-paru (Sila lihat berita Utusan Malaysia muka 1 keluaran semalam).

Lepas tu Saudara Razim ni sibuk duk suruh Bidai buat kajian mendalam mengenai penyakit tentang merokok ni.Bidai agak harianlah dengan perkara ni. Umum tahun rokok tu ada lebih 4,000 jenis racun dan ini bukan auta tapi fakta.

Dan kepada Saudara Razim, tak payah tunggu Bidai interviu pesakit berkaitan perokok, dan bukannya semua tua-tua. Saudara Razim, bapa dan bapa saudara bolehlah buat lawatan sambil belajar ke Wad Respiratori, mana-mana hospital. Bidai percaya, 80 peratus pesakit di situ berkaitan merokok.Gambar paru-paru di sini pun, merupakan paru-paru perokok.

Bidai pun pernah merokok sejak tingkatan 3 namun cepat sedar 5 tahun yang lalu, jadi perangai hodoh perokok ni dah ada dalam tangan Bidai.Selepas membaca, pembaca boleh menghantar e-mel kepada Saudara Razim di razim004@yahoo.com untuk menyokong atau membantah sebab bagi Bidai sudah tetap, perokok memang tak ada otak. Fikirkanlah...

Saudara Bidai, Saya tertarik dengan tulisan anda di UM hari ini (Sabtu 14.2.2009) mengenai perokok di Jabatan Kerajaan di Putrajaya.Tulisan anda keras dan menarik kerana anda masih kurang faham dengan perangai rakyat Malaysia yang tak berdisplin. Satu Malaysia sudah tahu tentang disiplin rakyat Malaysia yang sangat memualkan mengenai kebersihan.

Rata-rata rakyat Malaysia sangat suka buang sampah di merata tempat tidak kira sama ada dia perokok atau sebaliknya. Jangan salahkan perokok. Saya adalah perokok lebih daripada 33 tahun, tetapi disiplin saya sangat tinggi kerana saya tidak buang sampah merata-rata macam manusia lain di Malaysia. Habis hisap rokok, kalau tak ada tong sampah, saya akan pegang hingga saya jumpa tong sampah.

Untuk pengetahuan anda saya adalah pegawai kanan kerajaan bergred 52 dan kalau nak bandingkan pangkat saya, senang kira lebih tinggi sedikit daripada Ketua Polis Daerah di bandar-bandar besar di Malaysia. Dan saya selalu juga keluar negara dan dapat bandingkan perangai rakyat Eropah dengan rakyat Malaysia. Masyarakat Eropah, mereka sangat menitikberatkan fasal disiplin dan bukan macam rakyat Malaysia yang ambil mudah fasal membuang sampah di merata tempat.

Saya rasa anda pun tahu kan , bagaimana perangai rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia ni sebenarnya sangat bersih jika di rumah tetapi jika diluar sangat pengotor. anda tak tahu ke? Atau baru tahu hari ini?Di Putrajaya tu bersih sebab sentiasa ada pekerja pencuci setiap masa.

Mengenai penguatkuasa di Malaysia, kerja siapa sebenarnya jika nampak orang buang sampah? Tidak ada spesifik kerja siapa? Adakah polis boleh saman orang buang sampah? Setahu saya yang boleh saman ialah penguatkuasa Majlis Perbandaran, Daerah atau Bandar Raya atau dari kementerian kesihatan. Kalau anda sebagai penguatkuasa Majlis Daerah, dan anda berseorangan, beranikah anda saman mereka yang membuang sampah?

Apatah lagi jika mereka itu dua hingga empat orang duduk di meja minum. Silap haribulan, anda akan dibelasah? Kerana apa? Adakah membuang sampah itu kesalahan besar?Kecualilah anda membuat operasi beramai-ramai, rakyat Malaysia tak berani nak belasah kerana penguatkuasa ramai. Untuk makluman anda rakyat Malaysia hanya takut pada Polis sahaja.Itulah masyarakat Malaysia. Berapa ramai penguatkuasa di Malaysia? Adakah mencukupi untuk membanteras jenayah itu?Inilah silapnya Malaysia kerana mereka sangat degil mengenai disiplin.

Adik saya bekerja sebagai penguatkuasa di DBKL dan beliau ada menceritakan mengenai kes-kes ngeri mengenai saman, sangat bahaya, kalau tegas sangat, nahas kita. Boleh tegas bila operasi beramai-ramai, orang ramai ada takut sikit. Kalau anda seorang, fikirlah dulu sebelum bertindak. Inilah hakikat sebenarnya di Malaysia.

Mengenai perokok pula, nampaknya anda terpengaruh dengan anti perokok.Adakah menghisap rokok itu sangat bahaya. Mana lebih bahaya hisap rokok dengan kaki botol, dadah, berlumba haram dan gejala lain yang tidak baik.

Saya sudah hisap rokok lebih daripada 33 tahun, umur saya 54 tahun, saya masih sihat, badan saya tegap tidak buncit, muka saya awet muda jika dibandingkan dengan mereka yang sebaya dengan saya, yang nampak lesu dan macam orang sakit.Bapa saya, bapa saudara saya yang rata-rata umur mereka melebihi 80 tahun, masih sihat, walau pun mereka perokok.

Dalam satu majlis dialog dengan seorang doktor yang pernah memberi ceramah bahaya rokok di Kuala Lumpur beberapa tahun lalu, saya telah menyoal beberapa soalan tetapi tiada kesudahan. Doktor tak boleh jawab kerana tiada jawapan yang tepat mengenai bahaya merokok.

Anda jangan terpengaruh dengan media. Asap rokok boleh bahayakan orang lain, jika perokok pun tak ada apa-apa, inikan pula yang kena asap rokok, fikirkanlah secara logik. Dalam satu rencana di TV beberapa tahun lalu ada ditunjukkan ramai yang kena sakit barah di Eropah kerana merokok. Tapi yang sedihnya mengapa ditunjukkan pesakitnya berumur lebih 80 tahun, tengkok pun dah berlapis-lapis, mengapa tidak ditunjukkan mereka yang berumur 30-50 tahun.

Kalau umur 80 tahun dan lebih, memang patut pun mereka mati, dah tua bangka.Kalau tak hisap rokok pun, umur 80 tahun dan lebih, memang ramai yang dah mati.

Berbalik kepada majlis dialog dengan doktor tadi, saya ada bertanya soalan kepada doktor itu, jika seorang melanggani pelacur dan pelacur itu ada siflis, seorang pelanggan itu akan mengidap siflis (kalau tak pakai kondom) dalam masa satu minggu sahaja dan tanda-tandanya ternyata jelas, kecingnya menanah, sakit di kemaluan dan sebagainya.

Soalan saya, saya ni perokok dah lebih daripada 30 tahun, bila agaknya saya akan dapat barah paru-paru atau lain penyakit?Ternganga doktor itu, jawapan yang diberi ialah ia bergantung kepada antibodi seseorang, biasanya memakan masa yang agak lama.

Soalan kedua saya, sebab tadi doktor ada cakap merokok ini sangat bahaya, kalau sangat bahaya .... besar maknanya. Kalau sangat bahaya mesti sekejap saja dah kena penyakit tapi kalau memakan masa hingga 40-50 tahun, itu tak lah bahaya sangat.

Orang sekarang pun, umur baru 30, 40 tahun dah kena darah tinggi, kencing manis dan sebagainya tapi tak pernah dengar kena barah disebabkan merokok.

Tunjukanlah di TV atau di akhbar, mereka yang muda kena barah paru-paru, temuramah mereka, baru ada ummmmph, jelas dan fakta tepat.

Ini cakap saja tanpa fakta, main kelentong dengan fakta merapu. Tapi awas jangan tunjukkan mereka yang dah terlalu tua, kerana orang yang terlalu tua memang patut pun mati. Oleh yang demikian janganlah buat-buat bodoh, macam tak tahu, fikirkanlah, dan jangan terpengaruh dengan fakta tak jelas. Boleh tak anda temuramah pesakit yang saya maksudkan, lepas tu saya akan ziarah mereka di hospital, ok? Buatlah kerja sikit cari bukti di hospital di Malaysia dan lepas tu, masukkan ke akhbar atau TV, baru jelas. Daripada: Anti Propaganda Putrajaya

Friday, February 20, 2009

PASIR GUDANG INTERNATIONAL KITE FESTIVAL 2009

Walaupun cuaca panas ia tidak menghalang warga Pasir Gudang untuk menyaksikan festival Layang-layang 2009. Teringat zaman kecik-kecik dulu buat layang-layang guna nasi,sebab tak de duit nak beli gam,walaupun begitu tetap naik tinggi melangit,tapi tak tahan lama bila nasi tu kering,satu persatu lidi layang-layang melayang.
Yang ni pulak kumpulan pancaragam Sek. Men. Pasir Gudang nak buat persembahan sempena majlis perasmian oleh Yang Amat Mulia Kebawah Duli Sultan Johor.Bila agaknya UiTMJB boleh ada kumpulan pancaragam yang vouge begini..atau setidak-tidaknya kumpulan nasyid yang boleh dibanggakan.
Mari-mari beli Kek Lapis buatan Malaysia, dijamin halal oleh JAKIM. Satu RM5 ,tiga RM12. Sokonglah Kempen Boikot Israel untuk Keamanan Dunia.
Ni pulak gambar pelumba harapan yang akan mengharumkan negara dipersada antarabangsa satu masa nanti.

Wednesday, February 18, 2009

BERSIKAP PROFESIONAL BOIKOT PRODUK YAHUDI,AS

Disiarkan dalam Akhbar Berita Harian Ruangan Agama 19hb. Feb. 2009

SEJAK kempen boikot barang Israel dan Amerika Syarikat dilancarkan, banyak restoran makanan segera seperti KFC dan Pizza Hut menerima kesannya. Ada kemungkinan keadaan ini berlaku impak daripada kegawatan ekonomi yang berlaku di serata dunia sehingga menyebabkan daya beli masyarakat semakin berkurangan. Atau boleh jadi juga implikasi boikot membuahkan hasil dicita-citakan.

Tentu ramai bersorak gembira kerana kempen yang diuar-uarkan ke seluruh negara menampakkan natijahnya, namun berbaloikah tindakan itu jika ditujukan kepada syarikat milik Bumiputera yang majoriti pekerja terdiri daripada rakan seagama? Sesetengah orang menyangka tindakan ini wajar dilakukan terhadap Israel dan Amerika yang menghancurkan bumi Palestin sambil memboikot apa saja yang datang dari negara mereka.

Namun, apabila difikirkan dengan lebih rasional, sanggupkah kita menggadaikan pekerjaan saudara seagama demi menyelamatkan maruah dan nyawa saudara seagama lain, sedangkan negara Arab yang tinggal berhampiran Palestin pun tak mampu berbuat apa-apa bagi menghalang pencerobohan Israel. Malah, lebih mengelirukan apabila syarikat dari Mesir dikatakan terbabit menyediakan bekalan makanan kepada tentera Israel ketika kempen serangan di Gaza, baru-baru ini.

Kita dalam dilema, antara terus memboikot semua produk yang ada dan dalam keadaan yang lain rela melihat ramai saudara seagama menganggur, bagi menanggung keluarga dan persekolahan mereka. Apatah lagi dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu masa kini. Inilah yang dikatakan 'ditelan mati emak diluah mati bapa'.

Kelihatan tiada yang mampu dilakukan kerana seluruh dunia sudah lama termakan budi dan tidak berdaya berdiri sendiri. Lihat saja kepada jenama barang mereka yang sudah lama bertapak dan dikenali di seluruh dunia. Seolah-olah tanpa KFC dan Pizza Hut tiada alternatif untuk makanan segera tempatan yang setanding jenama terkenal itu.

Perlu diketahui, Johor Corporation (JCorp) melalui anak syarikatnya QSR Brands Malaysia Berhad adalah pemilik rangkaian restoran Pizza Hut di Malaysia dan Singapura, yang kini berjumlah 190 cawangan. JCorp juga adalah pemegang saham terbesar KFC Holdings Malaysia Berhad yang mengendalikan 460 restoran KFC di Malaysia, Singapura dan Brunei.

JCorp yang kini diterajui Tan Sri Muhammad Ali Hashim adalah sebuah syarikat konglomerat Bumiputera di selatan tanah air yang aktif memperjuangkan 'Jihad Melalui Bisnes'. Dalam usaha untuk berkongsi keuntungan perniagaan supaya dapat dimanfaatkan seluruh masyarakat Islam, JCorp mewakafkan saham anak syarikat miliknya di bawah konsep Wakaf Korporat.

Melalui kaedah ini JCorp mewakafkan RM200 juta saham syarikat di bawah pengurusan Kumpulan Wakaf An-Nur Sdn Bhd. (KWANB), keuntungan atau manfaat daripada pewakafan itu diagihkan kepada golongan yang memerlukan bantuan dan pertolongan. Pada 2007, perolehan yang diterima KWANB adalah sebanyak RM3.23 juta dan RM177,360 sudah diagihkan kepada jalan fisabilillah dan kebajikan.

Jadi, apakah kempen ini perlu diberhentikan setakat ini atau boikot masih boleh diteruskan tetapi terhad kepada produk tertentu saja, misalnya rokok dan lain-lain yang memudaratkan. Terpulang kepada kebijaksanaan individu untuk menilai kewajaran melakukan tindakan ini. Jangan sampai 'marahkan nyamuk kelambu pula dibakar'.

Ada juga yang mencadangkan agar JCorp melakukan penjenamaan semula terhadap restoran makanan segera di bawah kelolaannya agar lebih bersifat glokal dan tidak lagi terikat dengan jenama Amerika. Kemungkinan ia boleh difikirkan walaupun sudah pasti memerlukan modal besar dan jangka masa panjang.

Ada juga yang lain, menegaskan bahawa sebelum masyarakat Islam bertindak memboikot produk yang disahkan halal lagi suci oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) adalah lebih baik bertindak untuk berhenti membeli produk makanan yang meragukan di pasaran. Jika tidak akan ada pihak tertentu mengambil kesempatan menangguk di air keruh, meraih keuntungan lumayan daripada ketirisan sensitiviti umat Islam.

Sunday, February 15, 2009

PEROKOK PERLU TAUBAT

PERINGATAN “Merokok Membahayakan Kesihatan” yang tertulis pada setiap kotak rokok di Malaysia seakan bait-bait indah syair yang begitu puitis didendangkan kepada komuniti perokok. Tak ramai yang mengambil peduli akan peringatan itu apatah lagi membacanya. Bagi mereka, ada atau tidak peringatan itu sama sahaja, mereka akan terus merokok walaupun berbagai-bagai kempen kesedaran berhenti merokok di anjurkan oleh kerajaan. Lebih mengecewakan, Kempen Tak Nak Merokok dijadikan bahan lawak oleh sesetengah perokok, kerana rokok yang patah (merujuk gambar poster kempen) memang tak digemari oleh mereka.

Perokok tak pernah sedar, kalau merokok menyebabkan berbagai penyakit kronik yang merosakkan masa depan umat Islam. Merokok dikalangan remaja dan muda-muda Islam yang masih mentah pula semacam trend yang semakin diminati sehingga mereka tanpa segan silu merokok ditempat awam walaupun masih di bawah umur.

Pengaruh rakan sebaya, kurang perhatian ibubapa, kesunyian, semata-mata ingin berseronok dan lain-lain menjadi punca gejala merokok dikalangan remaja semakin menular. Penguatkuasaan undang-undang yang lemah turut merangsang penjualan rokok kepada golongan bawah umur, yang mudah untuk memperolehinya di mana-mana sahaja.

Walaupun tidak ada dalil yang jelas berkaitan pengharaman rokok dalam Islam, peringatan Allah SWT. agar manusia tidak menjerumuskan diri ke lembah kehancuran cukup menjadi bukti betapa amalan merokok yang menyebabkan berbagai penyakit sama ada kepada diri, masyarakat dan negara perlu dijauhi.
Ini berdasarkan firman Allah SWT yang bermaksud Janganlah kamu membunuh diri kamu sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengasihani kamu.” (Surah An-Nisa’, ayat 29) Dalam ayat yang lain dinyatakan pula Janganlah kamu mencampakkan diri kamu kepada kebinasaan.” (Surah Al-Baqarah, ayat 195)

Perbuatan perokok yang membazirkan wang membeli produk memudaratkan termasuk daripada larangan Allah SWT. yang menegah daripada melakukan pembaziran sepertimana dalam firmannya yang bermaksud Sesungguhnya orang-orang yang boros itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada tuhannya. (Surah Al-Israa’ ayat 27) Adalah lebih mulia jika wang itu disumbangkan untuk memberi nyawa kepada kehidupan masyarakat Palestin yang telah lama menderita akibat sekatan oleh rejim Israel ke atas mereka.

Selain daripada itu, Kerajaan Negeri Selangor pada 7hb Disember 1995 telah mewartakan fatwa bahawa rokok adalah haram, oleh yang demikian , adalah haram bagi mana-mana orang Islam menghisap apa -apa jenis rokok yang dihasilkan daripada tembakau yang digulung dengan kertas atau daun nipah atau selainnya.

Pengharaman serupa juga difatwakan di Negeri Kedah, Perlis, Sarawak dan Pulau Pinang. Malah berdasarkan fatwa Negeri Pulau Pinang pengharaman turut meliputi penjualan atau penglibatan sama ada secara langsung atau tidak dalam hal yang berkaitan dengan rokok.

Ini disebabkan ancamannya yang boleh melahirkan sikap serta tabiat yang buruk, mendatangkan kemudaratan dari sudut kesihatan dan pembaziran yang amat ditegah oleh agama.Apatah lagi dalam zaman kemelesetan ekonomi yang melanda dunia, setiap orang perlu berjimat cermat dengan membeli hanya yang perlu sahaja.

Menurut kenyataan pakar perubatan pula, di dalam sebatang rokok terdapat sejumlah 4000 jenis racun yang mendedahkan mereka kepada penyakit kanser. Bahan-bahan itu adalah hydrogen cyanide (racun yang digunakan dalam bilik gas), toluidine, ammonia (pembersih lantai), urethane, toluene (bahan pelarut), arsenic (racun anai-anai), nickel, phenol (pembersih kuman dan jangkitan), butane (cecair pemetik api), polonium (-210), d.d.t. (racun serangga), acetone (pelekang cat), tar (minyak tar jalan), naphthalene (ubat gegat), cadmium (yang digunakan dalam bateri kereta), carbon manoxide (gas beracun dari ekzos kereta), benzopyrene, vinye chloride (bahan untuk membuat pvc).

Para ulama seperti al-Habib Abdullah Al-Haddad, Al-‘Allamah Ahmad Al-Hadwan, As-Sayyid Al-‘Allamah Umar Al-Bashri turut bersetuju mengharamkan rokok. As-Syeikh Abi Bakr bin Salim pernah berkata “Aku khuatir orang yang tidak bertaubat dari merokok sebelum mati, akan mati dalam keadaan suu’ al-khatimah (mati yang berkesudahan buruk).

Antara lain kaedah yang digunakan oleh para ulama untuk menyatakan haram merokok menerusi hukum makanan yang boleh membawa mabuk atau memudaratkan akal dan tubuh badan. Oleh itu memakan benda yang memabukkan juga adalah haram, kerana ia memabukkan, dan memakan makanan yang memudaratkan akal juga haram, kerana mudaratkan.

Begitu juga jikalau seseorang membuat pengakuan bahawa dia tidak menemui apa-apa manfaat dalam makanan itu dari semua segi, maka elok makanan berkenaan diharamkan kerana mengundang pembaziran kepada harta. Maka selain daripada itu dihukumkan halal, kerana yang muktamad dari sudut hukum, asal sesuatu benda itu halal, selagi tidak ada nas yang menyatakan sebaliknya.”

Mungkin bagi perokok tegar yang telah biasa merokok perbuatan itu tidak memabukkan seperti meminum alkohol atau menghisap dadah. Namun menurut Al-Imam Al-Akbar Mahmud Syaltut, walaupun menghisap tembakau itu tidak memabukkan dan tidak merosakkan akal, namun ia mempunyai berbagai kesan yang membahayakan kepada kesihatan perokok dan juga kepada orang lain yang tidak merokok.”

Lalu setelah berbagai dalil dan hujah menunjukkan pengharaman rokok, apakah perokok masih menganggap perbuatan merokok sebagai perkara biasa yang tak perlu diheboh-hebohkan. Atau mungkin bagi yang lain, ini isu lapuk yang biasa diperkatakan. Apapun kata mereka amalan merokok terutama dikalangan remaja perlu dibenteras habis-habisan.

Golongan belia Islam adalah tonggak kemajuan bangsa di hari mendatang. Segala usaha untuk merosakkan pemikiran mereka wajib dihalang sebelum menjadi barah yang bernanah dalam masyarakat.

Untuk menjadikan umat Islam bebas rokok, semua pihak perlu memainkan peranan. Pihak-pihak berwajib disaran agar memperhebat penguatkuasaan undang-undang ke atas larangan merokok di tempat awam dengan mengenakan denda kepada yang ingkar. Sekadar meletakkan papan tanda belum memadai untuk mendidik perokok yang ingkar peraturan.

Golongan ibubapa juga perlu bertindak mengawasi perlakuan anak-anak agar tidak terjebak merokok diusia muda. Ibubapa wajib menjadi contoh kepada anak-anak dengan tidak merokok, jika tidak ia ibarat ketam mengajar anak berjalan tegak sedang dia sendiri berjalan mengereng. Perbuatan sesetengah ibubapa memberikan wang rokok kepada anak boleh diumpamakan seperti membunuh anak sendiri.

Golongan ulama dan ilmuan Islam diseru agar menimbulkan kesedaran kepada umat Islam akan bahaya rokok dengan memperbanyakkan penerangan berkenaan pengharaman rokok dalam Islam. Malah mereka yang terlibat merokok juga dinasihatkan agar berhenti merokok kerana ini menimbulkan kekeliruan dikalangan orang awam yang dahagakan ilmu dan tunjuk ajar daripada mereka.

Nabi SAW pernah bersabda “ Agama itu adalah nasihat, sahabat bertanya untuk siapa?, Nabi SAW bersabda untuk Allah, para malaikat, kitab, rasul dan golongan pemimpin juga umat Islam seluruhnya.

Jangan asyik berceramah isu yang besar-besar sedangkan isu rokok pembunuh umat sering diabaikan.Apa guna berdemonstrasi boikot produk itu dan ini sedangkan kita lupa bahawa rokok juga ada sumbangannya kepada penindasan saudara Islam kita di seluruh dunia.

Thursday, February 12, 2009

HENTI PROMOSI HARI KEKASIH

VALENTINE’S Day atau ‘Hari Kekasih adalah hari di mana dua orang yang berkasih sayang atau sepasang kekasih yang bercinta meraikan percintaan dan kasih sayang mereka. Ia disambut oleh pelbagai bangsa di dunia dengan cara memberikan hadiah tanda kasih-sayang dan cinta. Berbagai-bagai hadiah menjadi pilihan, ada yang menghadiahkan bunga, coklat dan lain-lain bagi menggambarkan situasi tersebut.

Namun ramai yang buat-buat tak tahu atau sengaja tak ambil tahu tentang sejarah disebalik sambutan itu. Kealpaan ini menyebabkan segelintir muda-mudi Islam terikut-ikut dengan budaya songsang yang jauh daripada nilai kasih sayang sebenar yang dipromosikan Islam.

Dikatakan bahawa ketika Paderi St. Valentine dipenjarakan atas kesalahan menyebar ajaran Kristian di Rom dalam zaman pemerintahan Raja Claudius II, beliau telah jatuh cinta dengan anak seorang pegawai penjara di situ. Kerana kesalahannya menyebarkan agama Kristian dan turut terlibat dalam meloloskan banduan daripada penjara beliau telah dijatuhkan hukuman bunuh. Sebelum dibunuh, beliau sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis tersebut yang bertandatangan ‘From your Valentine’.

Maka orang Kristian mengambil sempena 14 Februari setiap tahun untuk meraikan hari kasih sayang demi memperingati hari kematian paderi mereka St. Valentine. Penghormatan yang diberikan kepada paderi tersebut disamakan dengan pengorbanan yang pernah dilakukan oleh Jesus yang sanggup disalib demi menghapuskan dosa kaumnya.

Islam tidak pernah mempromosikan amalan berkasih sayang supaya disambut hanya pada hari-hari tertentu sahaja. Kasih sayang dalam Islam juga tidak terhad hanya kepada manusia malah merangkumi semua makhluk termasuk kepada haiwan. Ini kerana amalan berkasih-sayang telah diperkenalkan selari dengan tujuan pengutusan Nabi Muhamad SAW sebagai penyempurna akhlak manusia, yang pada ketika itu tergamak membunuh anak perempuan hidup-hidup juga sentiasa dalam suasana bergaduh dan berperang sesama sendiri.

Dalam Islam terdapat tiga kategori kasih; pertama, kasih mutlak dan tidak berbelah-bagi iaitu kasih kepada Pencipta; kedua, kasih kepada hamba dan ketiga, kasih makhluk kepada makhluk yang lain. Allah SWT berfirman dengan maksud‘‘Lalu Allah menyatukan di antara hati (sehingga kamu bersatu padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang Islam yang bersaudara." (Surah Ali Imran: 103).

Oleh itu sebaik-baiknya hendaklah setiap orang Islam khasnya golongan remaja tidak terikut-ikut dengan budaya ‘Hari Kekasih’ yang dicipta oleh Barat sebaliknya hendaklah menumpukan masa dan waktu dengan melakukan kerja-kerja yang berfaedah untuk kebaikan bersama.

Mereka diseru untuk membantu kerajaan membina kekuatan negara melalui usaha berterusan melahirkan modai insan yang cemerlang dengan mengamalkan budaya saling hormat-menghormati dan berkasih sayang diantara sesama insan. Yang tua dihormati yang muda disayangi.

Tindakan sesetengah pemilik kedai dan pusat membeli-belah mempromosikan Hari Kekasih dengan menawarkan pelbagai tawaran menarik juga wajar dihentikan, kerana mereka turut menyumbang kepada tradisi ini yang semakin diminati oleh muda-mudi masa kini.

Sambutan Hari Kekasih’ yang dibawa dari Barat tanpa disedari bertujuan untuk melalaikan dan merosakkan akhlak golongan muda Islam. Sungguhpun ia belum sampai ke tahap yang membimbangkan, pepatah merawat lebih baik daripada mengubati patut dihayati sebelum menular kepada penyakit yang lebih parah sehingga merosakkan akidah dan kehormatan diri.

Wednesday, February 11, 2009

BENARKAH YAHUDI BIJAK ?

Kajian dilakukan oleh Dr. Stephen Carr Leon

SETELAH 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu “Mengapa Yahudi Bijak?”. Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, muzik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman diHollywood dan sebagainya.

Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebab nya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau oleh manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?

Maka saya tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.

Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, “ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak” Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.

Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu , dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.
(Menerusi hadith, Nabi Muhammad SAW juga menggalakkan kita minum susu dgn kurma, tidak makan kepala ikan utk mengelakkan otak kita bebal)

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.

Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah. (Sebab tu Nabi Muhammad SAW suruh kita makan kurma dulu sebelum jamah makanan lain).

Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA.

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.

Ini menurut saintis Yahudi, gegaran muzik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius muzik terdiri dari kaum Yahudi. Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!! !. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak memfokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.


Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini murid murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.

Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun diuniversiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktik kanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!

Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell comptr, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa jenerasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah siibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi konsisten disamping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.

Merokok menjanjikan jenerasi yg moron dan sudah tentu gen bodoh akan mengikut ke generasi siperokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menkjubkan sekali!!! dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel, maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupon hakikat nya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!!

Anda mungkin muskil, benarkah merokok dapat melahirkan jenerasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, dimana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga kemusium hidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyak kah universiti terdapat disana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampu kah kita dapat melahirkan jenerasi yg bijak seperti Yahudi? Jawabanya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 jenerasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esay sepanjang 5 mukasurat penuh. Esay nya hanyalah mengenai Mengapa saya gemarkan tomato!

Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa. Kesimpulannya, semua amalan2 org yahudi ini mempunyai persamaan dengan ajaran Islam. Cuma kita sebagai umat Islam tidak mempraktikkan dalam kehidupan seharian.

GOLONGAN ULAMA WAJAR TERAJUI KEPIMPINAN

CAKAP-cakap untuk mencalonkan Datuk Seri Hj. Harussani Zakaria, Mufti Kerajaan Negeri Perak sebagai calon Barisan Nasional pada Pilihanraya Kecil Bukit Gantang patut dipertimbangkan, demi untuk kembali memartabatkan bangsa Melayu dan agama Islam dalam arena politik tanahair.

Ketokohan beliau sebagai ulama tersohor negara yang terlibat secara langsung dalam menangani pelbagai masalah umat Islam di Malaysia tidak dapat disangkal. Umum mengetahui beliau telah dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah peringkat Kebangsaan pada tahun ini, sekaligus menampakkan sumbangan dan khidmat bakti yang dicurahkan tidak berbelah- bagi kepada agama bangsa dan negara tercinta.

Di saat masyarakat Islam terpedaya dengan berbagai dakyah dan mainan politik yang tidak berkesudahan, ulama perlu digerakkan bagi memperbaiki kesilapan dan kepincangan yang berlaku. Umat Islam secara umumnya perlu dipimpin untuk kembali menyelesaikan segala perselisihan berdasarkan pedoman al-Quran dan al-Sunnah, dan ditangan ulamalah dipertanggungjawabkan tugasan ini.

Ditambah lagi dengan masalah sosial umat yang pelbagai dan tak bertepi, formula Islam yang komprehensif dinantikan dengan penuh pengharapan bagi meneutralkankan semua yang telah terjadi. Dalam sebuah hadis Nabi SAW pernah bersabda yang bermaksud “Aku tinggalkan bagi kamu dua perkara, jika kamu berpegang dengannya kamu tidak akan sesat selama-lamanya iaitu kitab al-Quran dan Sunnah RasulNya.

Sejarah membuktikan bagaimana Nabi Muhamad SAW sebagai Rasul utusan Allah; dipertanggungjawabkan dengan tugas mengajar dan mendidik umat manusia menuju ke jalan kebenaran dan pada masa yang sama bertindak mengurus dan mentadbir negara dengan dengan penuh kebijaksaan. Baginda SAW membentuk Piagam Madinah sebagai perlembagaan tertinggi negara yang wajib ditaati oleh semua dan berjaya pula menyatupadukan masyarakat majmuk Madinah yang terdiri daripada orang Ansar dan Muhajirin juga orang Yahudi dan golongan penyembah berhala.

Tokoh ulama tanahair seperti Tok Kenali, Mat Kilau, Tok Janggut dan lain-lain juga pernah terlibat memainkan peranan yang sangat besar dalam mengetuai perjuangan membebaskan Tanah Melayu daripada cengkaman penjajah British, meskipun tercatat dalam sejarah sebagai pemberontak yang akhirnya gugur syahid ditangan penjajah.

Justeru itu, golongan ulama dilihat mampu menangani kemelut politik Melayu masa kini, agar perpaduan bangsa yang berteraskan Islam sebagai agama rasmi negara dapat ditegakkan semula. Perselisihan politik yang berlarutan harus dihentikan, kerana ia ibarat api dalam sekam yang boleh membakar pada bila-bila masa.

Dalam konteks Mufti Negeri Perak, hubungan rapat beliau dengan pihak istana juga dilihat mampu memartabatkan semula institusi raja khususnya di Negeri Perak yang tercabar akibat keangkuhan sesetengah pihak yang mencari populariti murahan dengan tindakan menghina sistem raja berperlembagaan yang telah sekian lama menjadi amalan.

Umat Islam telah lama mengidamkan pemimpin yang berwibawa serta berjaya mengasimilasikan agama dalam kehidupan. Umar al-Khattab pemimpin agung yang pernah membebaskan Palestin daripada cengkaman penjajahan tak lebih hanya tinggal kenangan indah kemenangan umat Islam di zaman silam. Begitu pula Umar bin Abd. Aziz, seorang khalifah Dinasti Umayyah yang berjaya mengurus perbendaharaan negara dengan adil dan sistematik sehingga digelar khlaifah Islam yang ke-lima.

Rahsia kejayaan mereka tentunya tidak terletak hanya kepada bakat kepimpinan yang dimiliki, malah mereka mengadaptasikan model kepimpinan Rasulullah SAW yang tak lapuk ditelan dek zaman sebagai sumber rujukan utama.

Selain daripada itu setiap pemimpin perlu sedar bahawa mereka hanyalah wakil yang dibebankan tugas memakmurkan alam ini dan tidak melakukan sebarang kerosakan. Sebagai wakil mereka tidak boleh bertindak melulu melainkan berdasarkan peraturan yang telah digariskan oleh syarak. Setiap pemimpin pula bertanggungjawab terhadap cara kepimpinannya yang pasti akan dipersoalkan dihadapan Allah pada hari akhirat kelak.

Ulama pewaris para Nabi boleh menggalas tugas berat ini jika mereka benar-benar ikhlas melaksanakan sesuatu semata-mata kerana Allah SWT sambil berharap pertolongan daripadanya. Boleh dikatakan ia sebagai tuntutan fardu kifayah demi memelihara dan menjaga kepentingan bersama. Bahkan dalam sesetengah situasi boleh berubah menjadi tuntutan fardu ain pula apabila, kepentingan Islam terabai dan tidak terlaksana.

Monday, February 9, 2009

SEKITAR PROGRAM SEMINAR AMAL PALESTIN UITMJB 2009


Dalam kesibukan sempat juga posing bersama kumpulan UNIC. Bukan senang nak gambar dengan artis,lagipun free je.
Buat pertama kalinya kumpulan nasyid UITMJB juga turut buat persembahan, not bad,walaupun nyanyikan lagu orang.Mudah-mudahan mereka akan berjaya menempa nama dalam persada nasyid tanahair.

Begitu bersemangat sekali pelajar menyatakan sokongan mereka terhadap Palestin, semoga semangat yang membara itu akan diterapkan dalam kesungguhan mereka menuntut ilmu demi untuk memartabatkan Islam dan umatnya seantero dunia.
Hari ini Islam dipandang hina bukan kerana tidak mampu untuk bersaing dalam pelbagai bidang kehidupan,tetapi kerana kealpaan umat Islam dalam memahami hakikat dan kepentingan ilmu akibatnya ramai yang belajar semata-mata untuk mendapat pengiktirafan dan habuan dunia sahaja.

Al-Fadil Ustaz Fairuz Ali Akbar yang didatangkan khas daripada Jabatan Mufti Negeri Johor juga tidak ketinggalan memeriahkan majlis dengan lawak selambanya yang memukau hadirin,walaupun jam pada ketika itu telah menunujukkan jam 11.00tgh.
Lalu apa tindakan kita ?,boikot tetap boikot,cuma mungkin kena berpada sebab kadang-kadang boikot kena saudara sendiri. McDonalads Malaysia misalnya milik QSR Brands Berhad anak syarikat JCorp Berhad, syarikat milik Bumiputera sepenuhnya.
Bayangkan 90% pekerjanya daripada kalangan Bumiputera akan hilang pekerjaan kesan boikot keatas McDonalds Malaysia. Dicadangkan lebih baik boikot Malboro,Dunhill & yang sewaktu dengannya@ boikot dulu drp membeli produk tak halal sebelum boikot yg telah disahkan halal oleh JAKIM

Ha inilah dia pelakon lelaki terbaik dalam persembahan hari tu.Mantap dan patut diberi pujian.Tahniah kepada pengajur program kerana telah berjaya mengingatkan kita kepada penderitaan saudara Islam diPalestin.Diharapkan ingatan jangan tinggal ingatan,tindakan boikot mesti diteruskan walaupun umpama semut yang menggigit gergasi.

PASTIKAN DAHULU KESAHIHAN STATUS HALAL DI KOPITIAM

Disiarkan dalam ruangan Rencana Utusan Malaysia pada 6hb. Feb. 2009

KOPITIAM atau kedai kopi yang menyediakan roti bakar berserta nasi lemak dan kuih-muih semakin popular di kalangan sesetengah penduduk Islam negara ini. Perniagaan yang dipelopori oleh masyarakat Cina ini dikatakan wujud di Tanah Melayu sejak 1938 lagi. Sehingga kini pelbagai jenama kopitiam muncul bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan, berikutan permintaan menggalakkan.

Sebagai individu Muslim, persoalan yang perlu diteliti sebelum sesuatu makanan atau minuman dimasukkan ke mulut ialah adalah ia halal di sisi syariat? Kelihatannya dewasa ini tidak ramai yang mengambil berat persoalan itu. Mungkin yang penting bagi mereka ialah apa yang dimakan menepati selera dan mengenyangkan perut.Namun jika ditinjau kaitan makanan dengan syariat, isunya bukan sekadar makanan dan minuman yang menyelerakan tetapi ia boleh menjadi penyebab seseorang dihumban ke neraka. Rasullulah SAW pernah bersabda yang bermaksud: Setiap daging yang tumbuh daripada yang haram maka neraka adalah tempat yang layak baginya.

Lebih daripada itu umat Islam diseru agar sentiasa memelihara diri dan keluarga daripada terjerumus ke dalam neraka. Sebagai mana firman Allah SWT yang bermaksud:

"Wahai orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu daripada neraka yang bahan-bahan bakarnya ialah manusia dan batu (berhala); Neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkan-Nya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan". (Surah al-Tahrim ; ayat 6)

Tindakan sesetengah pengusaha kopitiam menggaji pekerja Islam di premis mereka, adalah suatu usaha yang patut dipuji tetapi ia belum menjamin aspek halal yang dituntut dalam Islam. Mereka seharusnya lebih prihatin dengan keperluan umat Islam untuk mendapatkan makanan halal lagi suci.

Bermula daripada kopi yang disajikan sehinggalah kepada aspek kebersihan pinggan mangkuk perlu selari dengan kehendak syariat. Begitu juga barangan seperti mee, daging salai, rempah-ratus dan lain-lain yang diimport daripada negara luar seperti Taiwan, Hong Kong dan China yang turut diragui sama ada halal ataupun tidak.

Lebih membimbangkan lagi apabila logo 'Halal' Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) tiruan digunakan dengan meluas semata-mata untuk melariskan barangan dan mengelabui mata pengguna Islam yang tidak prihatin. Pengusaha kopitiam seharusnya mendapatkan pengiktirafan sijil halal daripada Jakim mahupun Majlis Agama Islam Negeri, sebagai usaha menarik lebih ramai pelanggan Islam ke premis mereka. Langkah ini perlu dipertimbangkan dengan serius memandangkan di sesetengah kopitiam, 70 peratus pengunjung adalah penganut Islam.

Orang Islam pula perlu lebih sensitif terhadap isu halal kerana ia boleh memberi kesan kepada peribadi dan keimanan seseorang. Kajian oleh majalah The Halal Journal berkaitan kesedaran masyarakat Islam terhadap produk halal di beberapa negara Eropah, Asia Barat dan Asia Tenggara yang berakhir pada 2007 menunjukkan, 94 hingga 98 peratus responden bersetuju untuk membeli hanya produk berasaskan daging yang halal. Sementara itu, hanya 40 hingga 64 peratus responden bersetuju makanan yang telah siap diproses seperti roti dan lain-lain mestilah berstatus halal.

Statistik ini jelas menunjukkan, kesedaran umat Islam terhadap produk makanan halal yang telah diproses masih ditahap sederhana. Sehubungan itu, pihak yang bertanggungjawab seperti Jakim dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia melipatgandakan lagi usaha mempromosi produk halal kepada seluruh masyarakat Islam agar kewajipan umat Islam mendapatkan makanan yang halal dapat dipenuhi. Selain itu, ia juga berupaya membangkitkan sensitiviti umat Islam untuk lebih prihatin mencari yang halal sahaja. Pihak berwajib juga diharap dapat memperbanyakkan lagi aktiviti penguatkuasaan ke atas logo halal agar pihak yang tidak bertanggungjawab dibawa ke pengadilan.

Kita tidak mahu ada pihak yang mengambil kesempatan meraih keuntungan lumayan daripada trend lepak di kopitiam tanpa mengambil kira sensitiviti masyarakat Islam.

Tuesday, February 3, 2009


Sungguh menakjubkan, seorang kanak-kanak yang begitu fasih menghafaz al-Quran, bahkan boleh dijemput pula untuk memberi ceramah. Diambil sempena program jalan-jalan cuti panjang minggu lepas..Jalan-jalan luas pandangan, jalan-jalan abis duit

TANGGUNGJAWAB GOLONGAN BARU BERGELAR HAJI, HAJAH

Disiarkan dalam ruangan rencana Utusan Malaysia pada 18 DIS. 2008 dan 2 JAN. 2009

Musim haji 1429 hijrah telah menutup tirainya. Lapangan terbang antarabangsa seluruh tanahair mula riuh kembali dengan rombongan sanak saudara dan sahabat handai yang menyambut kepulangan jemaah haji daripada Tanah Suci Mekah. Alhamdulillah, kita panjatkan kesyukuran yang seluas-luasnya ke hadrat ilahi kerana dengan pertolongan dan perkenanNya jua, tiada tragedi kehilangan nyawa yang menyayat hati berlaku di musim haji kali ini, walaupun menurut laporan akhbar Utusan Malaysia (16hb. 12. 2008), seramai 38 orang jamaah haji Malaysia meninggal dunia di Tanah Suci pada tahun ini. Semoga ruh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan oleh Allah swt. dikalangan hamba-hambanya yang salih lagi diterima amalnya.
Ucapan tahniah dan syabas juga diucapkan kepada Jabatan Wakaf dan Haji Arab Saudi yang telah berjaya dengan cemerlang menguruskan 3 juta jemaah haji daripada seluruh pelusuk dunia. Tanpa pengurusan yang sistematik dan efisien sudah pasti huru hara dan keadaan kelam kabut akan berlaku sehingga menggagalkan usaha jutaan tetamu Allah untuk memperoleh haji yang mabrur .

Sekalung tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan juga di ucapkan kepada pihak Lembaga Tabung Haji Malaysia, di atas komitmen yang tidak berbelah-bagi dalam usaha menyediakan segala kemudahan kepada 26,000 jemaah haji Malaysia tahun ini sehingga diiktiraf sebagai badan pengurus jemaah haji yang terbaik di dunia. Ucapan syabas dan tahniah juga ditujukan kepada seluruh jemaah haji Malaysia, yang telah selesai menunaikan rukun Islam yang kelima. Diharapkan semoga kepulangan mereka ke tanahair bukan sekadar bergelar haji ataupun hajjah malah lebih daripada itu sebenarnya mereka mempunyai tanggungjawab dan komitmen agama yang lebih besar daripada setakat bergelar haji atau hajjah.

Tempoh 40-50 hari berada di Tanah Suci adalah satu tempoh yang agak panjang. Dalam jangkamasa itu jemaah haji didedahkan secara praktikal dengan perkara-perkara yang boleh dan yang dilarang untuk dilakukan, yang kesemuanya mempunyai hikmah dan rahsia yang tersembunyi, bahkan sesetengahnya perlu terus diamalkan walaupun setelah kembali ke tanahair.

Sebagai contohnya, larangan memotong, menebang, mengerat atau mencabut pokok di Tanah Haram ketika sedang berihram merupakan suatu bentuk pendidikan ilmu alam yang tinggi manfaatnya jika dapat dihayati secara mendalam, apatah lagi dalam konteks negara kita hari ini yang berdepan dengan masalah bencana alam seperti hakisan tanah, mendapan banjir lumpur dan kejadian tanah runtuh yang berlaku seperti di Bukit Antarabangsa baru-baru ini. Semuanya berlaku dek kerana kerakusan manusia melahap sumber alam tanpa mengira kesannya kepada alam sekitar dan manusia secara keseluruhannya.

Begitulah juga dengan larangan bercumbuan dan melakukan persetubuhan ketika berihram memberi pengajaran kepada umat Islam bahawa walaupun sesetengah perbuatan itu dibenarkan oleh syariat tetapi dalam keadaan tertentu ia adalah dilarang. Sebagai contohnya, hubungan kelamin, yang hanya dibenarkan oleh syariat kepada pasangan yang telah bernikah secara sah, bukan kepada yang buat-buat macam dah bernikah. Akibat kejahilan umat Islam dalam memahami peraturan ini, akhirnya mengundang pelbagai gejala maksiat dalam masyarakat sehingga menyebabkan si ibu sanggup meninggalkan anak yang baru dilahirkan dalam keadaan yang sungguh menyedihkan, kadang-kadang ada yang dimakan anjing dan tak kurang juga yang mati kesejukan.

Selain daripada itu juga, segala amalan kebajikan yang telah menjadi rutin harian semasa di Tanah Suci juga perlu diteruskan sebagai tanda penerimaan ibadah haji di sisi Allah swt. Amalan seperti berulang alik ke masjid untuk berjamaah, duduk berjam-jam beriktikaf di dalam masjid, membaca al-Quran, berzikir, bersedekah, tolong-menolong dan berkenal-kenalan antara satu sama lain adalah perkara yang biasa yang dilakukan oleh jemaah haji ketika di Tanah Suci namun ternyata tak ramai yang mampu mempraktikannya sekembali ke tanah air. Atau kalau adapun yang diteruskan mungkin budaya shopping yang tak berkesudahan. Janganlah hanya sekadar hangat-hangat tahi ayam, pulang ke tanahair dengan kopiah dan jubah putih, tasbih pula tak lekang dijari, lagak macam wali tetapi hanya kekal dua tiga hari lepas itu kopiah putih jadi kuning, jubah habis dimakan pijat, tasbih berterabur entah ke mana.

Dikatakan bahawa diantara tanda haji yang diterima oleh Allah swt. adalah meninggalkan maksiat yang pernah menjadi kebiasaannya sebelum pergi menunaikan haji, mengganti rakan-rakan yang mengajak kepada dosa dan maksiat kepada yang salih dan bertakwa serta meninggalkan majlis-majlis yang tidak bermanfaat dan melalaikan kepada majlis-majlis zikir dan mengingati Allah. (Kitab Tazkiyat al-Nafs, Sa’id Hawa)

Perlu diingatkan bahawa tanda-tanda ini bukanlah bertujuan untuk menuding jari mahupun memperkecilkan sesiapa, sebaliknya ia boleh dijadikan pedoman juga panduan kepada bakal-bakal haji mahupun yang telah biasa dipanggil haji, dalam usaha menilai dan memuhasabah diri. Ini kerana ibadah haji yang dilakukan dengan sempurna merupakan tiket untuk menempah syurga yang penuh dengan segala kenikmatan ilahi. Rasulullah saw. pernah bersabda yang bermaksud "Haji yang mabrur tiada ganjaran baginya kecuali syurga". (Hadith riwayat al-Hakim)

Adalah diharapkan kepulangan jemaah haji yang telah berjaya mengharungi liku-liku ibadah di Tanah Suci menjadi satu motivasi dan dorongan kepada seluruh umat Islam di Malaysia yang belum menunaikan kewajipan haji, agar mempersiap diri dengan wang ringgit, ilmu juga tenaga fizikal agar pada masa hadapan akan turut dapat merasa kenikmatan menjadi tetamu Allah swt. Janganlah kita hanya sekadar berseronok-seronok menziarahi kaum-kerabat dan rakan taulan yang baru kembali daripada Tanah Suci sambil berharap dapat minum air zam-zam dalam cawan emas atau perak, makan ajwa dua tiga biji dan bawa pulang tasbih dan kopiah haji sehingga lupa bahawa kita belum berjaya melepaskan kewajipan sendiri.

Sebagai renungan kita bersama marilah kita teliti sebuah hadis daripada Rasulullah saw yang bererti "Barangsiapa yang mempunyai bekalan dan kenderaan yang boleh menyampaikannya ke Baitullah, tetapi ia tidak menunaikan haji (hingga ia mati dengan tidak ada keuzuran baginya) maka tidak ada halangan baginya mati sebagai Yahudi atau Nasrani, (dari segi seksanya) kerana Allah swt. telah berfirman yang ertinya " Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadah haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu dan berkuasa sampai kepadanya". (Hadith riwayat Imam al-Tirmizi dan Imam al-Baihaqi)

NIKMATI ANUGERAH KEBEBASAN BERAGAMA DENGAN KESYUKURAN

Diterbitkan dalam ruangan rencana Utusan Malaysia pada 30 JAN 2009

SAMBUTAN hari perayaan berbagai agama di Malaysia adalah antara nikmat kebebasan beragama yang mesti dihayati sepenuhnya oleh semua kaum. Setiap anggota masyarakat bertanggungjawab untuk memelihara anugerah ini dengan sebaik mungkin. Perbuatan sesetengah pihak mencampuri urusan agama lain boleh menimbulkan ketegangan kaum yang mengakibatkan perbalahan berpanjangan dan merugikan negara.

Hak kebebasan beragama telah lama dipraktikkan dalam Islam. Bahkan ia diantara perkara utama yang menjadi asas kepada pembinaan Tamadun Islam Madinah yang diasaskan oleh Nabi Muhamad SAW. Fasal 16 Perlembagaan Madinah ada menyebutkan;

"Bahawa kaum Yahudi dari Bani Auf adalah satu umat yang bersama-sama orang mukmin, bagi mereka kebebasan menganut agama mereka dan orang Islam dengan agama mereka, begitu juga orang-orang yang berada di bawah mereka dan diri mereka sendiri, melainkan sesiapa yang zalim dan berbuat dosa maka hal itu tidak akan menimpa melainkan diri dan keluarganya"

Melalui ketetapan ini, masyarakat majmuk di Madinah yang terdiri daripada orang Islam, Yahudi dan orang musyrik bebas mengamalkan ajaran agama mereka, termasuk merayakan hari-hari perayaan tanpa digangu oleh sesiapapun yang telah menyatakan persetujuan dengan menandatangani perjanjian itu. Disamping itu rumah-rumah ibadat mereka juga turut dipelihara daripada sebarang bentuk pencerobohan sebagai manefestasi kebebasan beragama yang telah lama dipraktikkan dalam Islam.

Situasi yang sama juga turut dirakam berlaku dalam lipatan sejarah kegemilangan umat Islam di Andalus atau juga dikenali sebagai Spanyol Islam. Orang Yahudi dan Kristian Eropah diberi hak kebebasan untuk melaksanakan ajaran agama mereka. Malah seorang hakim bergelar Qadi al-Ajam juga dilantik bagi menyelesaikan segala permasalahan yang timbul.

Di Malaysia, hak kebebasan beragama juga merupakan perkara utama yang telah dipraktikkan sejak negara mencapai kemerdekaan. Keharmonian masyarakat berbilang bangsa yang sedang dikecapi hari ini adalah implikasi daripada kesatuan bangsa Malaysia yang telah diperjuangkan sekian lama. Oleh itu sebarang usaha merosakkan keharmonian ini mesti dicegah sejak dari mula agar ia tidak menjadi seperti api dalam sekam yang akan membakar dikemudian hari.
Ketetapan ini boleh diperhatikan di dalam Perkara (11) Perlembagaan Persekutuan yang menyebutkan; Tiap-tiap orang adalah berhak menganuti dan mengamalkan ugamanya dan tertakluk kepada fasal (4) mengembangkan ugamanya. Selanjutnya di dalam Perkara 3 dinyatakan pula Ugama Islam ialah ugama bagi Persekutuan; tetapi ugama-ugama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai dimana-mana bahagian Persekutuan.

Oleh itu seharusnya tiada pihak mengambil kesempatan daripada keamanan yang dinikmati ketika ini. Tindakan Herald Catholic menggunakan nama Allah dalam akhbar mingguan mereka ibarat menangguk di air yang keruh sehingga boleh menimbulkan ketidakpuashatian dikalangan masyarakat Islam. Perbuatan seperti ini boleh dianggap mencampuri urusan agama lain yang ditegah oleh perlembagaan. Sebaliknya nikmat kebebasan beragama yang wujud ini perlu dimanfaatkan dengan sebaik mungkin selari dengan usaha kerajaan untuk mewujudkan tamadun Malaysia yang maju menjelang tahun 2020.

Sejarah dunia, membuktikan bagaimana konflik agama yang serius jika tidak ditangani dengan berhemah dan bijaksana akan mengundang pergaduhan dan pertumpahan darah yang merosakkan integrasi kaum dan budaya masyarakat setempat.

Dunia takkan lupa tanggal 6 Disember 1992, di mana Masjid Babri di India telah dirobohkan oleh 150,000 orang pejuang Kebangsaan Hindu walaupun di tegah oleh Mahkamah Tinggi India. Kesannya lebih 2000 orang di India dan Pakistan terbunuh dalam pergaduhan agama itu.
Untuk mengelakkan kejadian seperti itu berlaku di tanahair kita yang tercinta, semua pihak mesti mematuhi prinsip kebebasan beragama. Prinsip ini hendaklah menjadi kayu pengukur kepada sikap toleransi beragama antara masyarakat majmuk di Malaysia.

Selain daripada itu sikap melampaui batas, taksub dan fanatik dikalangan masyarakat juga seharusnya dihindari. Ketiga-tiga sikap buruk ini jika dibiarkan akan mengundang perbalahan, konflik dan pertumpahan darah yang merugikan negara.

Amalan berdialog secara bijaksana juga boleh dipraktikkan, bagi merapatkan jurang perbezaan pendapat yang lahir daripada latar belakang agama, budaya dan bangsa yang tak sama. Budaya ziarah-menziarahi antara satu sama lain yang telah menjadi simbol penyatuan budaya berbagai kaum juga elok diteruskan khususnya oleh generasi muda yang bakal menjadi pewaris Tamadun Malaysia yang harmoni.

FAHAMI MAKNA JUARA SEBENAR

Diterbitkan diruangan Rencana Utusan Malaysia pada 21 JAN. 2009

MEET Uncle Hussain dinobatkan sebagai pemenang AJL ke-23, anjuran TV3 dengan mengalahkan Faizal Tahir yang disebut ramai sebagai bakal memenangi anugerah berprestij itu. Walaupun berjaya mengungguli tiga buah anugerah iaitu; Juara Kategori Balada, Vokal Terbaik dan Persembahan Terbaik, beliau terpaksa akur dengan keputusan para juri yang berpihak kepada Lagu UntukMu.

Memang dunia ini penuh dengan berbagai kejutan. Banyak perkara yang berlaku tanpa disangka-sangka. Kadang-kadang yang dirancang tergendala, perkara yang lain pula menjadi nyata. Itulah hakikat dunia yang penuh dengan pancaroba, hanya yang melihat dengan pandangan mata hati akan berjaya mengharungi liku-liku sepanjang perjalanan menuju alam akhirat yang kekal abadi. Mati, yang datang tiba-tiba adalah kejutan luar biasa buat manusia yang selalu lalai dan terleka.

Firman Allah SWT yang bermaksud Katakanlah lagi (kepadanya): Adakah sama orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang yang berakal sempurna.( Surah al-Zumar:9)
Kemenangan di dunia hanya sebahagian daripada kenikmatan sementara yang dianugerahkan ilahi kepada sesiapa yang dikehendaki. Kemenangan di hari akhirat adalah kemenangan abadi yang perlu diusahakan oleh setiap insan dengan memperbanyak melakukan kebajikan dan bersedia mematuhi segala peraturan tuhan.

Disebalik keghairahan artis bergembira meraikan kemenangan mereka, Parlimen P-36, Kuala Terengganu pula, bersedih dengan kekalahan calon Barisan Nasional Datuk Wan Ahmad Farid kepada calon PAS Mohd. Abdul Wahid Endut dengan majoriti 2631 undi. Di sana sini kedengaran pelbagai respon menjawab persoalan mengapa BN gagal mempertahankan kerusi di kawasan tersebut.

Menurut laporan akhbar antara punca kekalahan yang sibuk diperkatakan oleh orang UMNO sendiri, calon yang diketengahkan sombong dan tak mesra rakyat. Selain daripada itu faktor pengundi luar tak balik kampung, sokongan pengundi muda tidak diperolehi, pengundi Cina tak keluar mengundi, peratusan keluar mengundi menurun dan konflik dalaman parti juga dilaporkan sebagai punca kekalahan calon BN.

Apa pun menang dan kalah adat pertandingan. Pihak yang menang jangan mendabik dada, mendongak ke langit, kerana banyak tugasan menanti untuk diselesaikan. Jangan hampakan harapan rakyat yang tinggi menggunung, dan jangan janji hanya tinggal janji, kerana antara tanda orang munafik apabila berjanji dimungkiri. Begitu juga siapapun yang menang tidak harus sama sekali menjadikan rakyat sebagai pertaruhan untuk mencapai cita-cita politik.
Lebih daripada itu kemenangan yang diraih tidak hanya disahut dengan riang dan tawa gembira, kerana ia merupakan amanah yang akan dipersoalkan oleh Allah SWT di hari kemudian. Nabi SAW pernah bersabda Semua kamu adalah pemimpin dan semua kamu bertanggungjawab terhadap rakyat di bawah pimpinan kamu.

Bagi pihak Barisan Nasional yang tewas dua kali pada dua pilihanraya kecil, tewas bukan bererti berputus asa dan mengalah. BN perlu bangkit memperbaiki segala kekurangan dan kecacatan yang berlaku. Sesuatu perlu dilakukan demi untuk memartabatkan agama, bangsa dan negara berdaulat ini, daripada dicemari oleh anasir-anasir luar yang cuba untuk merosakkan budaya, pemikiran dan akhlak masyarakat Malaysia yang sedang berusaha melahirkan modal insan berkualiti dalam mencapai Wawasan 2020.

Sementara itu, jauh di Semenanjung Gaza, setelah 22 hari menghancurkan bumi Palestin, membunuh tanpa peri kemanusiaan Israel dengan angkuh mengistiharkan diri sebagai pemenang Operasi Cast Lead di negara bergejolak itu.

Menurut laporan akhbar seramai 1300 orang Palestin terkorban dimana kebanyakkan mereka adalah penduduk awam yang tidak berdosa. Manakala di pihak Israel dilaporkan hanya 13 orang terkorban termasuk 10 anggota tentera. Tentera Isreal juga telah meranapkan kemudahan awam di Genting Gaza bernilai ASD1.6 billion. Sebanyak 4000 buah rumah musnah sama sekali dan 16,000 ribu yang lain rosak teruk. Dalam tempoh itu juga, 25,000 orang hilang tempat tinggal dan 250,000 orang hidup dalam kegelapan, tanpa bekalan elektrik.

Namun tak ramai yang tahu bahawa warga Genting Gaza telah lama menderita sejak dikepung oleh Israel 18 bulan yang lalu apabila HAMAS diistiharkan mendapat hak ekskulsif mentadbir Genting Gaza pada Jun 2007 . Ini juga bermakna Israel menyerang kedudukan HAMAS di Genting Gaza dalam keadaan mereka sudah lemah dan tidak berdaya. Begitulah sebenarnya sikap Yahudi yang pengecut dan selalu menyombong diri.

Serangan tentera rejim ke atas Gaza tak ubah seperti gergasi yang sedang mengamuk sambil memijak-mijak mangsanya. Dengan kekuatan tentera yang begitu canggih berbanding pejuang HAMAS yang hanya bersenjatakan senapang dan roket al-Qassam tak masuk akal jika Israel gagal dalam misi ketenteraan di Genting Gaza. Walaupun akhirnya kedua-dua pihak HAMAS dan Israel masing-masing mengistiharkan menang dalam peperangan itu.

Justeru, siapa juara sebenar, sukar ditentukan. Masing-masing punya pendapat dan pendirian tersendiri, sama ada dalam konteks AJL ke 23, Piliharaya Kecil Kuala Terengganu mahupun Peperangan Israel-HAMAS. Terpulanglah kepada penilaian sendiri untuk menentukan siapa yang berhak menang, kerana terkadang dalam sesetengah situasi tiada yang ingin mengaku kalah kerana semua ingin menang walaupun hakikatnya kalah.

Namun bagi orang Mukim kejayaan sebenar adalah kejayaan yang dikecapi hasil usaha melakukan kebajikan dan mentaati segala perintah Allah SWT. Sebagaimana firmannya dalam Surah al-Mukminun ayat 1-7 yang bermaksud "Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman. Iaitu mereka yang khusyuk ketika sembahyang.Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia. Dan mereka yang berusaha membersihkan harta dengan menunaikan zakat harta itu. Dan mereka yang menjaga kehormatan. Kecuali kepada isteri atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela. Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas.

Monday, February 2, 2009


Beginilah meriahnya suasana pembelajaran di Surau UiTMJB, teringat zaman dulu-dulu ketika sarjana ulung Islam mendalami ilmu di masjid-masjid yang besar seperti Masjid al-Azhar di Kaherah, Mesir. Dalam keadaan serba kekurangan mereka tetap menjadi tokoh ilmuan yang tersohor sehingga ke hari ini.
Pembaharuan yang dicadangkan oleh Ybhg. Prof Dr. Muhd. Kamil Ibrahim, Pengarah UiTM Johor agar sesi P&P diadakan di masjid ini juga mampu mengembalikan semula fungsi masjid yang bukan sahaja sebagai pusat ibadah tetapi juga sebagai pusat perkembangan ilmu dan pengetahuan. Oleh itu tiada alasan jika ingin berjaya, kerana hendak seribu daya tak nak seribu dalih.




Sunday, February 1, 2009

JANGAN SEKADAR SLOGAN

disiarkan dalam ruangan Forum Utusan Malaysia 14 JAN.2009

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Datuk Nooh bin Gadut, selaku Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor, supaya umat Islam memboikot produk daripada Amerika Syarikat dan Israel adalah amat dialu-alukan dan bertepatan dengan situasi di mana masyarakat Islam Palestin terus disembelih tanpa belas kasihan.

Setelah lebih daripada setengah bulan kempen membunuh rakyat Palestin yang tidak berdosa dilakukan tanpa henti, Umat Islam wajib melakukan tindakan yang sewajarnya termasuk memboikot daripada membeli barangan buatan negara mereka. Bahkan tindakan yang lebih drastik juga boleh dilakukan oleh negara-negara Islam yang mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel agar memutuskan hubungan tersebut dan mengusir dutanya keluar seperti yang dilakukan oleh kerajaan Venezuela baru-baru ini.

Tindakan memboikot ini merupakan tindakan selemah-lemah iman yang wajib dilakukan oleh setiap umat Islam demi membela saudara se-Islam yang tertindas.Walaupun mungkin sesetengah orang mempersoalkan tindakan ini sambil menyatakan sejauh mana kita boleh mengelak daripada membeli barangan mereka yang berlambak di pasaran dan merupakan barangan keperluan harian?

Kita katakan kepada mereka inilah harga yang wajib dibayar kepada setiap titisan darah umat Islam Palestin yang mengalir tanpa dosa. Inilah sekecil-kecil pengorbanan yang boleh dilakukan oleh semua orang Islam demi mengajar Yahudi dan sekutunya yang secara terang-terangan melakukan pencerobohan ke atas hak asasi manusia dan melanggar prinsip keamanan sejagat yang diagung-agungkan oleh mereka

Melalui tindakan inilah juga dapat dikenalpasti sama ada umat Islam masa kini benar-benar bersatu dalam menentang kezaliman dan pencerobohan ke atas Palestin ataupun hanya syok sendiri berdemonstrasi melaungkan slogan anti Israel konon marahkan orang Yahudi, namun tak mampu melakukan apa-apa kerana takut pada bayang-bayang sendiri.

Disinilah juga akan tersingkap sensitiviti umat Islam dalam mempertahankan saudara se-Islam yang lain. Kitab sirah ada menyebutkan pernah satu ketika di zaman Rasulullah SAW seorang wanita Islam diganggu oleh Yahudi ketika berada di pasar, lalu berita itu sampai kepada Rasulullah SAW dan mengarahkan tentera Islam untuk memerangi Yahudi di tempat itu. Suatu tindakan drastik dilakukan oleh Rasulullah SAW demi maruah dan kehormatan Islam

Pada hari ini, sekurang-kurangnya 800 orang telah mati di Gaza, Lebih 3,000 orang cedera dan hampir 15,000 orang telah menjadi pelarian dalam negeri sendiri kerana lari dari kawasan pertempuran. Umat Palestin dibom bertubi-tubi dengan senjata kimia, mengandungi phosporus putih, ibarat silence killer yang membunuh mereka hidup-hidup. Apakah kita hanya cukup menadah tangan dan berdoa akan keselamatan dan kesejahteraan mereka sahaja?. Sungguh itu suatu tindakan yang belum memadai. Darah rakyat Palestin perlu dibayar dengan memboikot barangan buatan Israel dan sekutunya.

Justeru seluruh umat Islam wajib melaksanakan tindakan ini. Jangan dijadikan alasan kemungkinan berlaku kesukaran untuk mendapatkan barangan keperluan harian kerana banyak produk lain di pasaran yang boleh menjadi pilihan. Contohilah Bank Rakyat China yang bercadang untuk menggunakan matawang Yuan dalam transaksi harian mereka, kerana sedar akan keburukan bergantung kepada US dollar. Cadangan Tun Dr. Mahathir untuk menggunakan matawang dinar Islam dalam transaksi harian juga perlu dikaji semula untuk kebaikan bersama. Ataupun setidak-tidaknya beralihlah kepada penggunaan matawang EURO dollar demi keharmonian seluruh dunia.

Sampai bilakah Palestin akan terus di bom, adalah suatu persoalan yang bermain difikiran semua insan yang cintakan kedamaian. Begitu juga jika Majlis Keselamatan berjaya menguatkuasakan resolusi menghentikan peperangan, persoalan adakah dunia akan aman selama-lamanya, akan tetap menghantui fikiran kerana Yahudi terkenal dengan sikap tak pernah kotakan janji.

Namun bagi umat Islam yang menaruh sepenuh keyakinan kepada ajaran al-Quran akan tetap berpegang dengan ayat Allah SWT yang bermaksud “Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam) itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu (Surah al-Baqarah:120)

Yahudi akan tetap dan terus mengatur strategi untuk menghancurkan Umat Islam pada masa akan datang, sehinggalah Nabi Isa diutuskan semula oleh Allah SWT untuk menghancurkan mereka semua. Oleh itu kita mesti terus bersatu atas nama Islam untuk memboikot barangan Yahudi dan Amerika secara berterusan, bukan setakat hangat-hangat tahi ayam. Tindakan ini mesti dilakukan secara berterusan agar mereka tunduk dengan desakan seluruh dunia untuk mewujudkan keamanan sejagat.

Semoga tindakan boikot, akan memberi kekuatan kepada kita semua untuk melaksanakan jihad kecil ini. Semoga Allah SWT menetapkan hati kita semua untuk terus memberi sumbangan baik dari sudut doa, wang mahupun tindakan-tindakan yang difikirkan sesuai untuk rakyat Palestin

Renungkanlah syair yang pernah disebutkan oleh seorang sahabat ketika tentera Islam dalam perjalanan untuk memerangi Yahudi di Khaiybar;

Wahai Tuhan, kalau tidak keranaMu nescaya kami tidak akan mendapat petunjuk
Begitu juga kami tidak akan bersedekah dan bersolat
Sesungguhnya pihak musuh telah menceroboh kehormatan kami
Sekalipun mereka berbuat fitnah ke atas kami tetap kami enggan mengikut mereka
Wahai Tuhan, turunkanlah al-Sakinah ke atas kami
Dan tetapkanlah pendirian kami apabila berhadapan dengan mereka

KENAPA ISLAM DIHINA ?

Diterbitkan dalam Ruangan Rencana Utusan Malaysia 8 Jan.2009


Ironinya apabila Islam dihina ramai yang melenting menyatakan kemarahan dan ketidakpuashatian mereka. Seluruh dunia mengadakan demonstrasi sebagai tanda protes terhadap situasi yang sedang berlaku. Malangnya ia bagaikan air pasang dan surut. Sensitiviti ini muncul sesekali apabila ada isu berkaitan agama yang dipersoalkan. Sedangkan apabila diteliti institusi kenabian sebagai contoh, tak pernah lekang daripada pelbagai ejekan dan tohmahan sepanjang zaman.

Dahulu Nabi SAW pernah dikatakan tukang sihir, orang gila dan pemecah-belah masyarakat, hari ini ejekan dan tohmahan terhadap Baginda SAW. masih berterusan cuma dalam bentuk yang berbeza. Ada yang melukis karikatur menggambarkan Nabi SAW dengan gambaran yang mengaibkan dan tak kurang juga yang menulis blog menghina Nabi SAW. Malahan segelintir umat Islam juga turut terlibat mencemarkan institusi kenabian dengan tanpa malu-malu mengaku sebagai Nabi.

Kenapa Islam menjadi bahan ejekan dan cemuhan pihak yang tidak bertanggungjawab adalah persoalan yang mesti difikirkan bersama oleh setiap individu muslim. Persoalan ini perlu dijawab, bukan hanya sekadar berpeluk tubuh, selesa menuding jari kepada pembuat angkara. Cerminlah diri sendiri sebelum mencemuh orang lain. Malahan tabiat buruk seperti ini perlu dikikis , jika ingin melihat umat Islam maju setanding dengan yang lain

Adalah tidak adil jika hanya seronok menyalahkan orang tanpa menilai kelakuan sendiri. Cemuhan terhadap Nabi SAW melalui blog seperti yang dilaporkan oleh akhbar baru-baru ini, jika ditinjau dari satu sudut berlaku kerana mereka tidak mengenal peribadi Nabi Muhammad SAW. Dari sudut lain, ia juga berlaku kerana kelalaian dan kealpaan masyarakat Islam dalam melaksanakan ajaran Nabi SAW yang boleh menjadi cerminan kepada keluhuran budi pekerti Baginda SAW yang mulia.

Natijahnya, sesetengah masyarakat Islam telah menyimpang daripada ajaran Islam yang sebenar. Ini dapat diperhatikan sendiri melalui cara berpakaian, pergaulan dan muamalah seharian. Perlakuan ini membawa kepada masalah-masalah lain yang semankin bernanah dalam masyarakat seperti sumbang mahram, pesta seks, minum arak, buang bayi dan lain-lain yang seolah-olah sinonim dengan masyarakat Islam. Sebagai contoh ada dikalangan remaja Islam yang lebih seronok mengenakan topi ala Santa Klaus ketika menyambut perayaan Hari Natal, dengan penuh bangga bergaya ke sana ke mari, tanpa disuruh bahkan sanggup berbelanja lebih semata-mata untuk berseronok.Malangnya amalan memakai kopiah atau songkok yang menunjukkan keperibadian seorang Muslim tak pernah diendahkan malah malu untuk mengenakannya kerana bimbang dikatakan berlagak alim dan sebagainya.

Terdapat pula segelintir individu Muslim yang hanya Islam pada nama. Jika ditinjau dari sudut perbuatan dan tingkah laku sama sekali tidak menampakkan ciri-ciri seorang Muslim yang dapat menggambarkan ketinggian dan kemurnian Islam sebagai The Way of Life.
Inilah antara kebimbangan yang pernah disuarakan oleh Nabi SAW disaat hampir terjadinya hari kiamat, Islam hanya tinggal nama kerana tidak dipraktikkan manakala al-Quran hanya tinggal huruf-huruf, kerana tidak dibaca. Lebih merosakkan lagi apabila orang Islam lebih cenderung menjadikan al-Quran sebagai tangkal penghalau hantu berbanding melaksanakan ajaran al-Quran dalam segala urusan harian yang merangkumi seluruh aspek kehidupan manusia.

Akibat kealpaan dan kelalaian itu, Islam terus dihina, Umat Islam pula menghidap berbagai jenis penyakit yang sukar untuk diubati. Kesannya bukan sahaja dirasai oleh kita masyarakat Islam di Malaysia, malah telah merebak ke seluruh dunia, Islam dilabel sebagai pengganas, jumud dan menolak kemajuan.

Atas alasan itu jugalah saudara Islam kita di Palestin ketika ini berdepan dengan angkara durjana penjajah Israel yang bersifat kebinatangan. Saban hari ada sahaja yang dibunuh, tanah-tanah dirampas, mereka diserang bertubi-tubi tanpa belas kasihan melalui udara, laut dan darat.

Penjajahan Israel ke atas Negara Islam Palestin bukan sejarah baru. Ia bermula apabila Israel dengan secara rasmi diisytiharkan sebagai sebuah negara merdeka pada 15 Mei 1948. Sejak daripada itu masyarakat Islam Palestin terus menjadi sasaran peluru berpandu Israel, bedilan meriam dan tembakan senjata api tanpa peri kemanusiaan.

Kini setelah 60 tahun dijajah, diperlakukan seperti binatang, saudara Islam Palestin masih menderita. Penyembelihan ke atas kanak-kanak, orang tua dan yang tak berdaya berterusan tanpa pembelaan yang sewajarnya. Seluruh dunia menyaksikan kekejaman rejim Zionis, namun ramai yang mampu melihat daripada bertindak menghentikan peperangan yang berlaku. Walaupun kutukan demi kutukan dilontarkan oleh pelbagai pihak, namun Israel tetap bersemangat waja meneruskan agenda pembunuhan beramai-ramai umat Islam Palestin.

Pertubuhan-pertubuhan Islam seperti Liga Arab yang pernah terlibat menyertai Perang Arab-Israel pada tahun 1948, seperti kehabisan idea, setelah cadangan genjatan senjata Palestin-Israel yang di bawa ke Majlis Keselamatan PBB di tolak oleh Amerika Syarikat. OIC pula yang ditubuhkan di Rabat, Maghribi pada tahun 1969 bertujuan membebaskan Palestin daripada penjajahan Israel sehingga kini belum membuahkan hasil yang dicita-citakan.

Akhirnya saudara Islam Palestin terpaksa berjuang habis-habisan, bersendirian mempertahankan agama, kehormatan dan tanahair mereka sehingga ke titisan darah yang terakhir. Dengan bekalan makanan dan minuman yang terbatas mereka sanggup bermandian darah, demi untuk syahid dan mendapat nikmat syurga seperti yang dijanjikan oleh Allah .

Sampai bilakah mereka akan terus bermandi darah. Apakah tindakan yang telah dilakukan oleh kita sesama saudara Islam. Paling menyedihkan apabila terdapat sesetengah daripada kalangan masyarakat Islam yang langsung tidak ambil peduli senario yang berlaku. Mereka disibukkan dengan berbagai-bagai bentuk hiburan yang berjaya mengalihkan ingatan dan perhatian terhadap isu berdarah di Palestin.

Mungkin penyakit umat akhir zaman, cinta dunia dan takut mati yang pernah dikatakan oleh Nabi Muhammad SAW, telah merebak dan melanda di serata dunia Islam. Sehingga masyarakat Islam lebih mementingkan diri sendiri, sibuk dengan urusan dunia tanpa ada masa memperdulikan sesama saudara seIslam.

Ingatlah sabda Nabi SAW. yang pernah menyebutkan “Perumpamaan seorang Muslim dengan Muslim yang lain dari segi kasih sayang, hormat menghormati dan saling bertimbang rasa adalah seperti satu jasad, Apabila ada satu anggota daripada jasad itu sakit maka seluruh badan akan turut menderita kesakitan”.

Rasakanlah penderitaan mereka sebagai bukti kasih-sayang dan cinta sesama Islam. Laksanakanlah segala ajaran syariat demi untuk memartabatkan Islam agar tidak terus dipandang hina di mata dunia, hulurkanlah sumbangan dan bantuan bagi membantu saudara seIslam yang ditindas dan dizalimi. Iringilah perjuangan mereka dengan doa sambil berharap agar Allah SWT membantu mereka dengan bala tentera yang tidak kelihatan seperti di hari Peperangan Badar. Semoga Allah SWT menurunkan pertolonganNya kepada saudara seIslam di Palestin, atau menggantikannya dengan kenikmatan gugur syahid kerana mempertahankan ketinggian dan kehormatan Islam yang suci.