Thursday, July 14, 2011

KELEBIHAN MALAM NISFU SYAABAN

SECARA umumnya semua hari dalam Islam adalah hari yang baik dan dilimpahi dengan berbagai nikmat juga keberkatan daripada Allah SWT. Namun Allah SWT melebihkan hari tertentu berbanding hari yang lain kerana hikmah dan keistimewaan yang tersendiri. Kelebihan itu juga dapat diperhatikan kepada hadis Nabi Muhammad SAW yang berikut;
“Syaaban adalah bulan diantara Rejab dan Ramadan yang sering dilalaikan. Di dalam bulan tersebut segala amalan hamba akan diangkat naik ke langit dan aku amat suka jika amalanku diangkat dalam keadaan aku berpuasa”.

Baginda Nabi Muhammad SAW sendiri diriwayatkan paling banyak berpuasa sunat pada Bulan Syaaban. Pernah Aisyah berkata kepada Baginda Nabi SAW, Ya Rasulullah, aku melihat kamu banyak berpuasa di bulan Syaaban. Rasulullah SAW bersabda “Ya Aisyah sesungguhnya ia bulan yang dicabut ruh disepanjang tahun itu maka aku suka jika ruhku dicabut pada bulan Syaaban”.

Walau bagaimanapun perlu diketahui bahawa hukum berpuasa pada hari 15 Syaaban secara khusus adalah makruh. Ini berdasarkan sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud “Apabila telah sampai pertengahan Syaaban maka usahlah kamu berpuasa lagi”. (Riwayat Abu Dawud dan al-Tirmiziy)

Dalam hadis yang lain disebutkan “Apabila telah sampai nisfu Syaaban (pertengahan Syaaban) maka tiadalah puasa (sunat) lagi sehingga menjelang Bulan Ramadan”. (Riwayat Ibn Majah)

Justeru dapat difahami bahawa terdapat larangan berpuasa pada 15 Syaaban dan seterusnya sehingga masuk Bulan Ramadan. Lalu bagaimana pula dengan hukum mengqada puasa. Ya bagi orang yang masih ada tanggungan puasa, wajib menggantikan puasanya jika tidak akan dikenakan membayar fidyah jika sampai melompat tahun. Perlu juga difahami hukum makruh berpuasa mulai 15 Syaaban hingga akhirnya terkecuali bagi orang yang telah melazimi berpuasa sunat Isnin Khamis, juga telah berpuasa sejak daripada awal Syaaban lagi.

Adapun kelebihan malam nisfu Syaaban berbanding malam-malam yang lain, dapat diperhatikan menerusi hadis Nabi Muhammad SAW yang berikut;

“Sesungguhnya Allah SWT turun pada malam Nisfu Syaaban ke langit dunia. Maka dia mengampuni setiap orang Islam melainkan orang musyrik, orang yang memutuskan hubungan silaturrahim, yang berbuat fitnah dan wanita yang tidak menjaga kehormatan dirinya”.

Diriwayatkan daripada Abu Musa daripada Nabi Muhammad SAW sebuah hadis qudsi mengenai kelebihan Malam Nisfu Syaaban yang mana Allah SWT turun ke langit dunia lalu berfirman “Sesiapa yang memohon keampunan maka aku akan mengampunkannya, sesiapa yang meminta rezeki maka aku akan mengurniakan kepadanya, sesiapa yang ditimpa bala bencana maka aku akan melepaskannya.”.

Justeru itu, setiap individu Muslim diseru mengambil peluang dan kesempatan ini untuk berbakti kepada Allah SWT. Antara amalan yang biasa dilakukan di Negeri Johor ialah membaca Yassin sebanyak tiga kali selepas waktu Maghrib, dengan niat ditetapkan iman, dipanjangkan umur dalam keadaan ibadat dan dimurahkan rezeki. Kemudian diikuti dengan membaca doa malam nisfu Syaaban.

Sayogianya umat Islam memenuhi masjid dan surau-surau yang berdekatan untuk berbakti dan beramal kepada Allah SWT. Atau setidak-tidaknya lakukanlah bersama keluarga di rumah masing-masing. Apatah lagi menjelang ketibaan Bulan Ramadan al-Mubarak dimana setiap individu Muslim disuruh melipat gandakan amal kebajikan bagi meraih pelbagai ganjaran lumayan yang hanya ada di Bulan al-Mubarak tersebut.

Malah apa yang lebih penting tanggunjawab beribadat termasuk amalan membaca al-Quran dan Surah Yasin tidak hanya tertentu kepada hari-hari yang terpilih sahaja. Ia sepatutnya sudah sebati dalam jiwa sanubari umat Islam yang ingin mengabdikan diri kepada Allah Rabbul Jalil.

Selamat beramal dan semoga kita semua terpilih sebagai insan istimewa yang sekali lagi diberi peluang dan kesempatan untuk berada di Bulan Ramadan yang bakal menjelang tiba.

10 comments:

  1. salam,,,saya pernah terbaca dekat internet amalan membaca yaasin 3x selepas maghrib sebelum isya' pada malam nisfu syaaban adalah daripada hadis palsu,,,,, boleh encik terangkan?

    ReplyDelete
  2. Actually palsu atau tidak kena tanya pakar hadis. Secara umumnya apa sahaja amalan yang mempu mendekatkan diri kepada Ilahi mulia untuk dilakukan apatah lagi pada malam-malam istimewa spt nisfu syaaban yang mana Allah SWT turun ke langit dunia. Jadi siapa yang mengabdikan diri kepadanya dengan berzikir, membaca al-Quran dan lain-lain diharapkan beroleh rahmat dan keampunan Nya. Wallahu allam.

    ReplyDelete
  3. Salam ustaz... dengan membaca blog ustaz baru saya tahu bahawa puasa sunat selepas 15 Syaaban adalah makruh...Ada kalangan rakan-rakan saya yang melakukannya...Subhanallah..(PPG/JBEVS1/UITMJB)

    ReplyDelete
  4. sebabnye...TIADA HARI2 YG KHUSUS UTK KITA BERAMAL...

    ReplyDelete
  5. ustaz... saye nak tanye.. kirenye lepas mlm nisfu syaaban ni,tak bole puase sunat da ke?? puase ganti mcm mne pulak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Bagi orang yng ada puasa ganti wajib dilakukan walaupun selepas pertengahan bulan syaaban jika tidak nanti kena ganti puasa dan bayar fidyah pula jika sampai puasa yang baru dan puasa yang lama belum habis diganti. Wallahualam

      Delete
  6. mohon share ye ustaz

    ReplyDelete
  7. Silakan..semoga bermanfaat untuk semua.

    ReplyDelete