Artikel ini telah disiarkan dalam Ruangan Rencana Akhbar Utusan Malaysia bertarikh 11 Julai 2014.
Kekalahan mengejutkan Pasukan Brazil selaku Tuan Rumah Piala Dunia 2014 kepada Pasukan German 7-1, adalah sesuatu yang tidak disangka-sangka oleh peminat bola sepak di seluruh dunia. Ia sekali gus melenyapkan cakap-cakap bola yang mengatakan bahawa Pasukan Brazil akan menjuarai pertandingan kali ini. Sementara itu, beberapa buah negara seperti Algeria, Nigeria, Bosnia Herzegovina dan Iran yang boleh dikatakan mewakili Negara-negara Islam sudah pun tersingkir awal dari pada pertandingan ini apabila gagal dalam pusingan kalah mati sebelum melangkah ke peringkat suku akhir.
Begitulah resam pertandingan pasti ada yang kalah dan yang menang. Usahlah pula ada yang terlalu fanatik hingga bergaduh dan bermasam muka dek kerana bola kerana ia hanya hiburan dunia yang bersifat sementara. Begitu pula umat Islam diingatkan agar tidak terlibat dengan judi bola sepak kerana ia sesuatu yang merugikan dan dalam masa yang sama ada pihak mengaut keuntungan lumayan dari kegiatan judi yang tidak bermoral ini.
Apatah lagi pada bulan yang mulia ini, umat Islam diseru berusaha menambah amal kebajikan bagi mendapatkan keampunan Ilahi bukan menimbunkan dosa dan kutukan Tuhan yang tidak berkesudahan.
Dalam pada itu terdapat pula segelintir umat Islam yang sudah awal-awal lagi dikalahkan oleh nafsu diri sendiri dengan enggan berpuasa. Tanpa rasa bersalah mereka makan, minum dan menghisap rokok sepuasnya. Ada pula yang dengan sengaja menunjuk-nunjuk kebiadaban mereka dengan makan di khalayak ramai tanpa menghiraukan kehormatan siang hari tanpa makan dan minum pada bulan Ramadan.
Inilah realiti kehidupan sebahagian individu Muslim dewasa ini, yang kelihatan jauh menyimpang dari ajaran syariat yang sebenar. Mereka selamba melanggar segala peraturan dan perintah Allah SWT tanpa rasa takut terhadap azab dan seksa yang dijanjikan buat mereka. Malah boleh jadi golongan inilah nanti yang beria-ia membuat persiapan hari raya tanpa sekelumit rasa malu terhadap Allah SWT yang mewajibkan berpuasa di Bulan Ramadan.
Lebih dari pada itu ada kemungkinan golongan manusia seperti ini akan tersingkir daripada memperoleh pelbagai ganjaran dan kurniaan Ramadan yang tidak terhingga banyaknya. Golongan ini juga dinasihatkan supaya segera bertaubat sebelum ajal datang menjemput kerana pada ketika itu tiada apa yang boleh diharapkan melainkan amal ketaatan semasa hidup. Golongan ini juga diperingatkan dengan firman Allah SWT yang bermaksud;
“Kesudahan golongan yang kufur ingkar itu apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara mereka, berkatalah dia: Wahai Tuhanku, kembalikanlah daku (hidup semula di dunia). Supaya aku mengerjakan amal-amal yang soleh dalam perkara-perkara yang telah aku tinggalkan. Tidak! Masakan dapat? Sesungguhnya perkataannya itu hanyalah kata-kata yang dia sahaja yang mengatakannya, sedang di hadapan mereka ada alam barzakh (yang mereka tinggal tetap padanya) hingga hari mereka dibangkitkan semula (pada hari kiamat)”. (Terjemahan Surah al-Mukminun:99-100)
Apa pun tepuk dada tanya iman. Bagi yang malas untuk berpuasa kesempatan untuk makan terbuka luas buat mereka. Kalaupun tiada Bazar Ramadan di kejiranan mereka, di sana sini terdapat restoran 24 jam, seperti kedai mamak dan restoran makanan segera yang bersedia memenuhi tuntutan nafsu serakah mereka. Malah terdapat pula perkhidmatan penghantaran ke rumah dan drive thru lalu sesiapapun boleh makan dan minum dengan bebasnya.
Di sudut yang lain terdapat pula segelintir kaum Muslimin yang mula dikalahkan dengan nafsu sendiri apabila mula lengah dan lalai dari pada melaksanakan tuntutan ibadah pada bulan penuh keberkatan ini. Di sana sini orang ramai sudah mula berpusu-pusu ke pusat membeli belah mahupun bazar Hari Raya bagi membuat persiapan sebelum bercuti panjang dan pulang ke kampung halaman. Masjid dan surau yang di awal Ramadan meriah dengan kehadiran ramai jemaah kini kembali tenang dan hanya kaki masjid yang terus setia mengimarahkannya. Ramai yang mula berfikir tentang kuih-muih dan persiapan menyambut hari raya berbanding terus berusaha meraih kurnia Ramadan yang tidak ternilai.
Masyarakat Islam diperingatkan betapa bahagian pertama Ramadan yang dijanjikan dengan limpahan rahmat Ilahi baharu sahaja berakhir dan kini ganjaran pengampunan dosa serta pembebasan dari pada api neraka menanti para Mukminin yang sabar dan komited melaksanakan tugasan ibadah. Begitu pula malam kemuliaan lailatul qadar yang disebutkan oleh Nabi Muhammad SAW akan berlaku pada 10 malam terakhir Ramadan juga semakin hampir menjelang tiba.
Justeru itu umat Islam diseru tidak terlalu teruja menantikan ketibaan Syawal dengan segala persiapan yang serba baharu dan mahal-mahal. Ini kerana golongan yang tahu nilai Ramadan berharap agar Ramadan sepanjang tahun. Umat Islam juga diseru menunjukkan tanda syukur kepada Ilahi atas kurnia sekali lagi dipilih bertemu Ramadan dengan banyak berbakti dan beramal kerana boleh jadi inilah Ramadan terakhir buat semua.
Syukurilah nikmat keamanan dan keharmonian yang ada sehingga para Muslimin bebas berpuasa qiamullail dan sebagainya. Ini kerana di sesetengah negara terdapat kaum Muslimin yang ditegah dari pada berpuasa. Saudara se Islam di Semenanjung Gaza terpaksa melalui hari-hari Ramadan dengan peluru dan bedilan roket rejim Yahudi yang tidak berperi kemanusiaan. Manakala di negara Islam yang dilanda kebuluran ada pula yang terpaksa berpuasa selama berhari-hari kerana tiada makanan dan minuman untuk bersahur apatah lagi untuk berbuka puasa.
Fahamilah juga betapa erti kekalahan sebenar buat para Muslimin tidaklah diukur berdasarkan siapa yang kalah dan siapa yang menang. Akan tetapi kekalahan itu diukur apabila terdapat individu Muslim yang keluar dari pada Ramadan tanpa memperoleh sebarang ganjaran dan kurniaan yang melimpah ruah yang disediakan oleh Allah SWT di kala Ramadan.
Saturday, July 12, 2014
Thursday, June 5, 2014
FAHAMI KONSEP HALAL SEBENAR
Artikel ini telah disiarkan dalam Ruangan Rencana Akhbar Utusan Malaysia bertarikh 5 Jun 2014.
Susulan pengesahan status halal bagi coklat berjenama Cadbury yang dihebahkan oleh JAKIM melalui media massa sedikit sebanyak melegakan umat Islam di negara ini. Ini berikutan isu coklat yang dicemari dengan DNA babi yang heboh di perkatakan di sana sini sudah dianggap selesai dan disahkan halal oleh JAKIM.
Sungguhpun begitu, umat Islam di seru lebih berwaspada dan berhati-hati pada masa hadapan dengan hanya memilih dan membeli produk yang diyakini halal serta mendapat pengesahan halal oleh JAKIM. Malah sebarang kekeliruan dan ketidakpastian terhadap sesuatu produk sepatutnya dirujuk kepada Bahagian halal JAKIM terlebih dahulu bagi mendapat kepastian bukannya dengan menyebarkan berita-berita palsu yang semakin mengelirukan.
Ini kerana persoalan berkaitan makanan halal termasuk isu agama yang sensitif dan tidak boleh dipermainkan. Malah umat Islam perlu membuat penelitian dan pertimbangan yang sewajarnya sebelum memakan sesuatu produk dan bukan sekadar untuk kenyang begitu sahaja. Apa yang lebih penting untuk dipertimbangkan ialah adakah ia halal di sisi syarak hingga seseorang terlepas daripada pertanggungjawaban pada hari kemudian.
Sehubungan dengan itu juga pihak berwajib dirayu agar lebih bertegas dalam menguatkuasakan perundangan berkaitan aspek halal di Malaysia khususnya bagi menunaikan tanggungjawab pemerintah terhadap rakyatnya. Penulis turut menyokong kenyataan oleh Datuk Nadzim Johan dari pada Persatuan Pengguna Islam Malaysia yang menyeru agar pihak kerajaan bersegera menguatkuasakan akta halal yang telah tertangguh sejak sekian lama. Hal ini penting untuk mengelak dari pada rakyat khususnya umat Islam dari terus ditipu oleh pengusaha yang tidak menghiraukan sensitiviti masyarakat Islam di negara ini.
Perkara ini selaras dengan Pelan Induk Perindustrian Ketiga 2006-2010, oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia yang menyatakan skop industri halal di Malaysia sangat luas sehingga merangkumi makanan, produk bukan makanan termasuk farmaseutikal, produk kesihatan, peralatan perubatan, kosmetik dan produk dandanan diri dan perkhidmatan termasuklah segala aktiviti logistik, pembungkusan, penjenamaan dan pemasaran, media cetak dan elektronik serta perjalanan dan pelancongan.
Justeru itu, masyarakat Islam diseru memahami betapa skop halal dalam Islam sangat luas dan merangkumi pelbagai cabang kehidupan manusia. Pemahaman umat Islam dalam soal halal dan haram tidak patut disempitkan kepada produk makanan sahaja, malah hendaklah diperluaskan kepada pelbagai perkara yang diperintahkan oleh syariat.
Dalam hal ini juga tiada gunanya mengamuk menyalahkan pengeluar yang hanya bermotifkan perniagaan dan meraih keuntungan jika umat Islam sebagai pengguna akhir tidak prihatin tentang apa yang disuapkan ke dalam mulut mereka. Malah sebahagian besar dari pada pengeluar produk makanan di negara kita terdiri dari pada kalangan non Muslim yang langsung tidak mengerti soal halal dan haram apatah lagi mengambil berat tentang hukum hakam tersebut. Berkemungkinan terdapat sesetengah pengeluar yang sengaja meletakkan logo halal palsu demi melariskan produk keluaran mereka.
Bagi mengurangkan kebimbangan terhadap status halal sesuatu produk penulis mencadangkan supaya masyarakat Islam yang berkemahiran dan berkemampuan berusaha untuk menceburi bidang pengeluaran produk halal khususnya yang berasaskan makanan bagi memenuhi permintaan masa kini. Malah jika diteliti ia merupakan tuntutan fardu kifayah yang tidak boleh dikesampingkan jika tidak pasti semua akan terpalit dengan dosa.
Kalangan peniaga makanan milik orang Islam turut diseru agar lebih prihatin dan bertanggungjawab dengan hanya memilih barangan yang halal lagi suci dalam penyediaan makanan di premis mereka. Usah terlalu ghairah berniaga dan inginkan keuntungan berlipat kali ganda lalu aspek halal dan kebersihan di pertaruhkan. Malah boleh jadi peniaga terlibat mendapat saham dosa akibat tidak menghiraukan hukum halal dan haram dan menipu pelanggan yang menaruh kepercayaan yang tinggi terhadap mereka.
Kesedaran tentang peri pentingnya menggunakan barangan halal hendaklah diperluaskan juga kepada pada produk-produk kesihatan seperti ubat-ubatan dan vitamin, produk kebersihan diri seperti sabun mandi, sabun membasuh pakaian, syampu dan lain-lain yang kemungkinan dicemari dengan lemak haiwan yang diragui.
Selain itu bagi wanita Muslimah yang gemar mengenakan mekap dan produk kecantikan diri, mereka juga sepatutnya memilih yang halal lagi suci. Ini kerana dikhuatiri terdapat produk yang menggunakan lemak haiwan yang dilarang selain bahan-bahan pembuatan kosmetik yang diragui kesuciannya. Usah hanya ingin kelihatan cantik dan menawan tetapi berkemungkinan memudaratkan kesihatan diri sendiri.
Penglibatan umat Islam dalam sektor kewangan, perbankan dan insurans yang tidak mematuhi piawaian syariah juga adalah dilarang. Ini kerana amalan kewangan yang bersandarkan kepada riba adalah haram dan selayaknya dijauhi. Malah dengan meluasnya perkhidmatan kewangan dan perbankan Islam di Malaysia umat Islam diseru beralih dengan hanya menyokong perkhidmatan yang dihalalkan.
Selain itu segala bidang pekerjaan seperti pelacuran, menjadi GRO di kelab-kelab malam, bekerja di rumah urut termasuklah segala pekerjaan yang bersangkut paut dengan aktiviti penjualan arak adalah haram. Ini kerana selain mendapat kutukan Tuhan, hasil yang diperoleh dari pada pekerjaan seperti itu tiada keberkatannya apatah lagi jika digunakan untuk menyara kehidupan sekeluarga. Sebaliknya pilihlah pekerjaan yang mulia walaupun kemungkinan pendapatannya tidak seberapa tetapi hati tenang dan tenteram kerana sentiasa di bawah lembayung rahmat-Nya.
Sedarlah betapa setiap Muslimin tertakluk kepada hukum-hakam dan segala peraturan agama. Oleh itu penggunaan barangan halal dan penglibatan dalam pekerjaan yang dibenarkan oleh syariat hendaklah dititik beratkan. Jika tidak selamanya individu Muslim menanggung dosa akibat kesilapan dan keterlanjuran diri sendiri.

Tuesday, April 22, 2014
SEGERA TUBUHKAN POLIS ADAB DI MALAYSIA

Budaya hidup yang dpenuhi dengan keseronokan semata-mata jelas menyimpang dari pada tujuan dan matlamat kehidupan manusia di atas muka bumi ini. Umat Islam secara khususnya perlu menyedari betapa Allah SWT menciptakan manusia dengan tujuan utama untuk beribadah dan mengabdikan diri kepada Nya dalam skop yang luas dan menyeluruh. Hal ini bertepatan dengan firman Allah SWT yang bermaksud;
“Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu”. (Surah al-Dzariyat:56).
Sehubungan dengan itu semua lapisan masyarakat tidak kira tua ataupun muda perlu menterjemahkan ayat ini dalam realiti kehidupan sebenar dengan berusaha untuk berbakti dan menimbun amalan baik bagi mengharap keredaan Ilahi.Perlakuan songsang segelintir masyarakat Islam yang hidup dengan hanya berfoya-foya, berseronok sepanjang masa tanpa memahami tujuan penciptaan manusia patut dibendung dan dibimbing untuk kembali kepada ajaran agama yang suci.
Perbuatan segelintir muda-mudi dan remaja Islam yang berpesta arak, terlibat dengan penyalahgunaan dadah dan pil ecstacy juga pelbagai perlakuan maksiat termasuk berkhalwat, melakukan aktiviti seks luar nikah dan lain-lain adalah keseronokan sementara yang akan sirna apabila tiba masanya. Lebih membimbangkan lagi apabila golongan ini tidak menyedari bahawa perlakuan mereka dikutuk oleh agama lagi tersasar dari pada tatasusila dan cara hidup manusia yang beragama.
Sedarlah betapa kehidupan manusia di atas muka bumi ini tidak lebih sebagai seorang pengembara yang sedang dalam perjalanan menuju ke suatu destinasi. Adalah molek bahkan merupakan sesuatu yang dituntut untuk manusia mengumpul seberapa banyak bekalan sepanjang perjalanan bagi keperluan perjalanan seharian mahupun ketika sampai ke tempat yang dituju.
Begitulah halnya dengan kehidupan dunia yang sementara yang mana setiap yang bernyawa pasti akan binasa. Apabila tiada bekalan amal yang mencukupi dapat dibawa untuk kehidupan lain yang kekal abadi pasti kehidupan disana akan lebih sukar dan menyeksakan.
Ingatlah juga bahawasanya umur pinjaman Allah SWT kepada manusia adalah terhad bukan untuk selama-lamanya. Apabila ajal datang secara tiba-tiba, tanpa disangka-sangka apatah lagi dalam keadaan sedang bergelumang dengan dosa dan maksiat kepada Allah SWT apakah yang dapat diharapkan dari pada penghabisan umur dalam keadaan yang menyedihkan seperti itu.
Lebih dari pada itu golongan rosak akhlak seperti ini perlu ditarbiyah dan dibimbing kepada jalan yang sebenar. Ini kerana mereka sebenarnya terkesima dengan keseronokan yang tiada batasan tanpa sedar bahawa mereka sebenarnya tertipu dengan nafsu dan keinginan sendiri. Mereka perlu dikejutkan dari pada lamunan dan mimpi-mimpi yang disangka indah kerana pandangan mata hati sudah tertutup dek dosa dan noda hitam yang dilakukan saban hari.
Penulis merasakan sudah tiba masanya pihak-pihak berwajib duduk semeja mencari jalan penyelesai kepada masalah umat yang tidak bertepi ini. Ia seakan barah yang sudah sampai ke tahap yang paling kritikal sehingga begitu sukar untuk dibendung lagi. Malah seluruh masyarakat seakan-akan sudah mual dengan berita-berita kerosakan akhlak yang sering didengar akhir-akhir ini.
Penulis mencadangkan agar golongan muda-mudi dan remaja Islam yang didapati hidup dengan budaya hedonisme melampau seperti ini dikuarantin sementara di pusat-pusat pemulihan akhlak yang boleh ditubuhkan oleh pihak kerajaan bagi menyedarkan mereka tentang tujuan hidup yang sebenar. Atau boleh juga golongan seperti ini ditempatkan di kem-Kem Latihan Khidmat Negara atau Kem Bina Negara untuk tempoh tertentu bagi menyedarkan mereka betapa golongan muda-mudi adalah aset yang amat berharga kepada agama, bangsa dan negara pada masa hadapan.
Pakar-pakar motivasi dan ilmuan Islam yang tersohor lagi dikenali diseluruh negara boleh dijemput untuk sama-sama membantu membimbing golongan ini supaya tidak terus tersesat dalam kehidupan yang dipenuhi dengan dosa dan maksiat setiap hari.
Cadangan penubuhan skuad penguatkuasa akhlak atau Polis Akhlak dan Polis Adab yang pernah diutarakan sebelum ini patut diperhalusi semula bagi menguatkuasakan peraturan-peraturan yang berkaitan dengan nilai moral dan akhlak yang mulia. Ini penting bagi mengelak ia terus menular dalam masyarakat sehingga menggangu ketenteraman awam dan masyarakat setempat.
Malah skop dan bidang tugas mereka boleh juga diperluaskan kepada penguatkuasaan terhadap kesalahan-kesalahan akhlak yang lain seperti berpakaian menjolok mata lagi mendedahkan aurat dikhalayak ramai. Ia dilihat sebagai sebahagian dari pada tanggungjawab pemerintah untuk melaksanakan kewajipan amar makruf dan nahi mungkar yang diperintahkan oleh agama. Kemungkinan juga model penguatkuasaan akhlak ini boleh dicontohi dari pada negara-negara lain yang sudah lama mengamalkannya lalu disesuaikan dengan persekitaran dan situasi di Malaysia.
Sesungguhnya tidak ada jalan penyelesai kepada kemelut moral dan akhlak seperti ini kecuali kembali kepada ajaran agama yang sebenar. Untuk itu juga ketika dikuarantin mereka perlu dilatih supaya sentiasa mengerjakan solat lima waktu selain dilibatkan dengan aktiviti-aktiviti berfaedah seperti bergotong royong dan aktiviti kemasyarakatan yang lain. Modul asas-asas akidah, syariah dan akhlak juga molek disampaikan kepada mereka sebagai bekalan mengharungi liku-liku hidup seharian apabila kembali kepada semula ke pangkuan masyarakat.
Mudah-mudahan kalaupun tidak semuanya insaf dan bertaubat dari pada terus berbuat dosa dan maksiat sepanjang masa, diharapkan lahirlah benih-benih yang baik dari pada program pemulihan tersebut lalu dicampakkan ke dalam masyarakat dan ia tumbuh serta bermanfaat kepada yang lain. Persoalannya jika ada negara tertentu boleh menguatkuasakan undang-undang moral sehingga boleh menghukum artis memandu secara mabuk dan penyalahgunaan dadah yang melampau di pusat pemulihan akhlak serta dikehendaki melakukan aktiviti kemasyarakatan selama berbulan-bulan lamanya, mengapa tidak kita mencontohi mereka bagi membendung gejala moral yang semakin bernanah ini.
Monday, February 10, 2014
Jadikan Februari Bulan Kasih Sayang
Insiden pergaduhan ketika perlawanan bola sepak tanah air dilihat sebagai sesuatu yang boleh mencalarkan imej pertandingan bola sepak negara. Beberapa kejadian yang tidak diingini yang melibatkan pemain mahupun penyokong fanatik akan menyebabkan hilangnya semangat persaudaraan dan nilai kasih sayang sesama anggota masyarakat. Hal yang seperti ini jika dibiarkan berpanjangan akan menyebabkan industri bola sepak tanah air sekali lagi mengalami era kemerosotan setelah mula menampakkan peningkatan hasil sokongan padu penyokong yang memenuhi setiap ruang stadium setiap kali pertandingan berlangsung.
Di sudut pandang yang lain alangkah moleknya jika pertandingan bola sepak negara dijadikan wadah untuk memupuk nilai kasih sayang dan persaudaraan setiap anggota masyarakat. Apatah lagi yang senegara dan sebangsa. Malahan jika diteliti majoriti yang berkunjung ke stadium merupakan rakan seagama, yang bertuhankan Allah Yang Maha Esa dan menghadap ke arah kiblat yang sama.
Adalah sesuatu yang amat memalukan apabila pergaduhan sesama bangsa dan agama menjadi tontonan orang lain yang langsung tidak mengambil peduli akan pertandingan ini. Bahkan mereka sibuk dengan hal ehwal sendiri mahupun perniagaan masing-masing hingga meraih keuntungan hasil perbalahan dan percakaran sesama sendiri. Lebih buruk lagi apabila terdapat pihak tertentu yang kemungkinan menaja judi bola sepak hingga terlibat dengan gejala rasuah yang merugikan.
Justeru itu, penyokong dan peminat yang sayangkan pasukan masing-masing dinasihatkan supaya tidak terlalu fanatik dengan mencetuskan provokasi melampau hingga mencetuskan pergaduhan. Usah berbuat dosa dengan mencaci maki dan memaki hamun saudara sendiri yang boleh jadi turut disaksikan oleh anak-anak kecil yang kemudian meniru perbuatan tidak senonoh lagi mencemarkan maruah diri sendiri.
Anggaplah kunjungan ke stadium bagi menyaksikan perlawanan bola sepak sebagai suatu dari pada bentuk hiburan dan aktiviti santai bersama keluarga dan menghilangkan penat bekerja seharian. Akhirnya setelah tamat perlawanan nilai ukhuwah yang sedia terjalin kembali erat dan bertaut sepanjang masa. Ingatlah juga betapa perintah agama seperti solat lima waktu tidak sepatutnya diabaikan hanya kerana bergegas ke stadium untuk mendapatkan tempat duduk yang selesa.
Di sudut yang lain pertandingan merebut kerusi Dewan Undangan Negeri Kajang yang akan berlangsung tidak lama lagi juga tidak kurang hebatnya. Realitinya setiap kali sesi pemilihan wakil rakyat yang baharu diadakan ada sahaja insiden-insiden buruk yang melibatkan penyokong-penyokong parti bertanding dilaporkan di media massa. Ada kemungkinan keghairahan untuk menang dan provokasi melampau antara satu sama lain menyumbang kepada berlakunya perkara-perkara yang tidak diingini.
Perkara yang seperti ini sekali lagi menyebabkan nilai kasih sayang dan semangat persaudaraan sesama anggota masyarakat hilang dek kerana tidak mengerti dan memahami tujuan pemilihan wakil rakyat yang diadakan.
Adalah lebih baik jika semua pihak bersabar dan bertenang hingga menjadi rasional dan lebih matang bagi memilih wakil rakyat yang sanggup berjuang bagi membawa suara rakyat dan keluhan mereka kepada pihak atasan. Usah terlalu taksub dalam membuat pilihan hingga pandangan mata hati tertutup dari pada melihat kebenaran. Malah umat Islam secara khususnya diseru menilai dengan neraca agama dan syariat bagi memilih pemimpin yang benar-benar layak mentadbir negara demi kepentingan agama dan survival umat Islam di negara sendiri. Apa yang pasti pergaduhan dan perselisihan tidak akan menyelesaikan apa-apa malah menyumbang kepada terjadinya masalah lain yang kemungkinan sukar diatasi.
Sempena Bulan Februari ini juga, umat Islam secara khususnya diingatkan supaya tidak terlibat merayakan sambutan hari Valentine yang tidak diketahui asal usulnya lagi tidak sesuai dengan kehendak syariat. Walaupun ia dianggap sebagai hari untuk berkasih sayang yang secara umumnya baik tetapi realitinya banyak gejala dosa dan maksiat berlaku kesan dari pada salah faham segelintir muda-mudi yang terlalu sukakan hiburan dan keseronokan melampaui batas.
Lebih membimbangkan apabila hari Valentine dijadikan hari untuk melakukan maksiat, berkhalwat dan bersekedudukan hingga sembilan bulan yang akan datang gemparlah negara sekali lagi dengan jenayah buang bayi yang terus berleluasa natijah dari pada perbuatan terkutuk yang dilaknat agama.
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-71 yang bersidang pada 22-24 Nov 2005 telah memfatwakan bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Perayaan tersebut dilihat mempunyai unsur-unsur agama Kristian dan amalannya yang bercampur aduk dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam.
Oleh itu masyarakat Islam diseru untuk patuh kepada fatwa sedia ada tidak terlibat meraikan hari Valentine dengan apa cara sekalipun kerana tidak sesuai dengan ajaran Islam dan adat budaya ketimuran. Nabi Muhammad SAW diriwayatkan bersabda maksudnya; “Barang siapa yang menyerupai sesuatu kaum maka dia termasuk dari pada kalangan mereka”.
Sebaiknya nilai kasih sayang antara setiap anggota masyarakat, jiran tetangga, sahabat handai, keluarga mahupun rakan sebaya hendaklah didasari dengan peraturan agama agar tidak terlibat berbuat dosa dan kemungkaran yang mengundang kemurkaan Allah SWT.
Syariat Islam yang mulia juga tidak pernah mempromosikan kasih sayang untuk disambut pada hari-hari tertentu malah nilai kasih sayang adalah termasuk akhlak Islam yang mulia yang tertanam dalam hati sanubari para Muslimin.
Sungguhpun begitu adalah molek jika ketibaan Bulan Februari setiap tahun digunakan untuk mempererat hubungan persaudaraan, kekeluargaan dan rakan-taulan agar menjadi ummah yang kuat lagi bersatu padu bagi menggantikan amalan songsang menyambut hari Valentine. Yang lebih utama ialah bagaimana umat Islam mampu mencontohi akhlak dan nilai kasih sayang Nabi SAW yang bukan sahaja kepada manusia tetapi turut dirasai oleh haiwan seperti unta dan batang kurma yang tidak bernyawa.
Sunday, January 12, 2014
Mengapa Islam kembali Dagang
Artikel ini telah disiarkan dalam akhbar Utusan Malaysia bertarikh 7 Februari 2013.
DETIK kelahiran Rasulullah SAW pada tanggal 12 Rabiulawal Tahun Gajah yang bersamaan 20 April tahun 571 Masihi membawa seribu macam perubahan kepada kehidupan manusia. Dari pada penyembahan kepada batu dan patung-patung ditukar kepada mengabdikan diri kepada Allah SWT. Dari pada sibuk berperang sesama sendiri ditukar kepada menyibukkan diri dengan kerja-kerja ibadah yang dituntut. Dari pada bergelumang dengan dosa dan perlakuan mazmumah jahiliah ditukar kepada berpegang dengan nilai akhlak Islam seperti saling hormat menghormati dan toleransi sesama manusia.
Kemudiannya setelah berjaya membentuk kerajaan Islam di Kota Madinah, Rasulullah SAW tidak menoleh ke belakang lagi dalam membina nilai ketinggian Islam dan peradaban umatnya. Kesannya agama Islam yang mulia berada pada kedudukan tertinggi sehingga tiada yang lebih tinggi darinya. Umat Islam disegani dan dihormati malah penganut agama lain juga diberi hak melaksanakan ajaran agama masing-masing selagi tidak memusuhi Nabi SAW.
Dengan berkembangnya pelbagai aktiviti keilmuan dan intelektual khususnya pada zaman pemerintahan Bani Umayyah dan Abbasiyah Islam telah berada di kemuncak kegemilangan apabila ramai tokoh ilmuwan Islam tersohor seperti al-Khawarizmi dalam bidang matematik, Ibnu Sina dalam bidang kedoktoran, al-Razi atau dikenali sebagai Rhazes sebagai saintis dan ramai lagi berjaya menghasilkan penemuan -penemuan baru yang kemudiannya dikaji dan dibahaskan oleh ilmuwan dunia masa kini.
Persoalannya mengapa kini Islam dihina dan umatnya tidak lagi dihormati. Mengapa Islam kembali dagang setelah Baginda Nabi Muhammad SAW dan para sahabat yang mulia meletakkan batu asas yang kukuh kepada ketinggian martabat Islam dan ummah untuk selama-lamanya.
Hal ini boleh jadi berlaku disebabkan umat Islam semakin jauh dari pada ajaran al-Quran dan sunnah Rasulnya. Lebih buruk lagi apabila terdapat segelintir yang ibarat menconteng arang ke muka sendiri dengan terlibat melakukan pelbagai perbuatan buruk yang mencemarkan maruah dan kesucian Islam.
Lihat sahaja bagaimana sambutan tahun baru 2014 baru-baru ini yang dicemari dengan perbuatan keji berkhalwat, bersekedudukan, berzina, berpesta arak yang sememangnya tidak bertepatan dengan ajaran agama. Ia pastinya tidak tamat di situ kerana ada kemungkinan akan melarat pula kepada jenayah pembuangan bayi, setelah mengandung dan malu untuk bertanggungjawab dalam tempoh sembilan bulan yang akan datang. Akhirnya umat Islam terus bergelumang dengan dosa dan maksiat dan hingga menjadikan Islam terus dihina dan dipandang rendah.
Selain itu, masyarakat Islam masa kini terlalu disibukkan dengan pelbagai aktiviti yang melalaikan. Ada yang sibuk bersembang di laman sosial, ada yang memuat naik gambar-gambar tidak senonoh, bersembang dengan kata-kata lucah dengan alasan ingin berhibur dan memenuhkan masa. Ada pula yang terlibat ajaran sesat sehingga sanggup membunuh dan melakukan kegiatan jenayah.
Sehubungan dengan itu masyarakat Islam diseru kembali berpegang dengan ajaran Islam dan melaksanakan segala kewajipan agama. Pelaksanaan solat lima waktu sehari semalam juga dilihat mampu menjadi benteng mencegah gejala negatif dan mungkar di kalangan umat Islam. Allah SWT berfirman yang maksudnya;
“Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya) dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan”.(Surah al-Ankabut:45)
Dalam hal ini, penulis amat menyokong keputusan DYMM Sultan Johor mengisytiharkan Hari Jumaat sebagai hari kelepasan am bagi Negeri Johor dengan bemulanya tahun baru ini. Ia dilihat sebagai lambang keprihatinan Tuanku Sultan sebagai Ketua Agama Islam Negeri untuk melahirkan ummah yang berketerampilan dan bersahsiah unggul.
Boleh jadi sebelum ini terdapat di kalangan pelajar yang bergegas ke sekolah ketika azan Jumaat berkumandang. Kemungkinan juga terdapat pemandu bas sekolah dan kalangan pekerja tidak menunaikan solat Jumaat kerana bimbang terlewat mahupun dilarang oleh majikan masing-masing.
Akibatnya anak-anak membesar dalam keadaan sudah terbiasa meninggalkan solat ditambah pula dengan ibu bapa yang sengaja merelakannya lalu menyebabkan umat Islam terjebak melakukan perkara mungkar kerana tiada perisai solat yang mampu menghalangnya.
Justeru itu, adalah molek sekali jika cuti pada hari Jumaat boleh turut sama diikuti oleh syarikat-syarikat swasta khususnya milik Bumiputera di Negeri Johor bagi memberi kesempatan buat umat Islam melaksanakan solat yang dituntut. Soal pergi ke masjid atau tidak itu bukan isunya, apa yang penting ialah pihak pemerintah termasuk majikan telah melaksanakan tanggungjawab dengan menyediakan ruang seluas-luasnya untuk solat sehingga ramai yang dapat melakukannya dengan sempurna.
Umat Islam juga dilihat sudah jauh menyimpang dari pada mencontohi akhlak Nabi SAW. Terdapat sebilangan masyarakat yang sengaja merosakkan peribadi dengan bersikap menyombong diri, enggan menerima nasihat dan tunjuk ajar yang baik, keras hati selain selalu bertindak tanpa mengikut pertimbangan akal yang waras dan ajaran Islam yang suci.
Pergaulan bebas tanpa sempadan, berpelesiran ke sana ke mari, berdua-duaan, bercumbu-cumbuan di tempat sunyi semuanya bakal mengundang padah apabila terjebak melakukan perbuatan dosa yang terkutuk.
Segelintir Muslimah pula sudah benar-benar terkesima dengan trend pakaian masa kini, lalu seluar dan baju ketat yang menampakkan susuk badan menjadi pembalut diri. Ada pula yang sengaja berskirt pendek, menampakkan bahagian dada seolah-olah begitu anggun dan bergaya dipandang oleh orang di sekeliling mereka.
Oleh sebab jauhnya umat Islam dari pada ajaran Nabi Muhammad SAW, diikuti dengan sikap buruk dan terlibat melakukan pelbagai perkara dosa, Islam terus dihina, kalimah Allah Yang Mulia menjadi rebutan, Nabi Muhammad SAW menjadi bahan ejekan dan lawak jenaka, umat Islam hilang kehebatan dan nilai ketinggian sehingga kemuliaan Islam semakin tercabar.
Justeru itu, bersempena dengan sambutan Maulud Nabi Muhammad SAW pada kali ini, umat Islam diseru untuk bangkit mempertahankan kesucian Islam dan umatnya dengan kembali berpegang dengan ajaran al-Quran dan sunah Rasulnya.
Sesungguhnya tiada jalan pintas untuk masuk ke Syurga dan berjaya sebagai ummah yang dihormati dan disegani melainkan mengikut segala ketetapan agama dan peraturan syariat.
Usah hanya berseronok merayakan hari kelahiran Baginda Nabi SAW yang tak ubah seperti sebuah pesta hari jadi lalu segala macam juadah seperti nasi beriani dan kuih muih menjadi habuan sedangkan hati terus kosong daripada diisi dengan makanan rohani yang sangat diperlukan masa kini. Atau hanya bergelak ketawa mendengarkan ceramah agama yang tak ubah seperti menyaksikan rancangan lawak jenaka di kaca televisyen.
Apa yang lebih penting ialah bagaimana setiap individu Muslim dapat mengamalkan ajaran Nabi Islam dalam kehidupan seharian. Sehingga mudah-mudahan berjaya termasuk di kalangan orang yang menerima syafaat Nabi SAW yang mulia. Tunjukkanlah juga rasa kasih sayang dan kecintaan kepada Baginda dengan memperbanyak mengucapkan selawat dan salam sebagai tanda ingatan yang tidak putus-putus buat selama-lamanya.

Friday, December 6, 2013
Apabila UAI Berlakon
Filem terbaharu terbitan MIG Production yang turut dibintangi oleh Ustaz Azhar Idrus penceramah terkenal tanah air kini mula berada di pawagam seluruh negara. Penayangan filem ini dilihat kena pada masanya disaat dunia perfileman tanah air secara umumnya dicemari dengan unsur-unsur tahyul, khurafat, jenayah kekerasan dan unsur lucah yang boleh jadi memberi impak yang buruk kepada masyarakat. Ini ditambah lagi dengan pelbagai macam peri laku dan budaya songsang yang menular dalam masyarakat kesan buruk dari pada media sosial yang mudah diakses di mana-mana.
Ia juga membuktikan betapa filem tanpa aksi ganas, kelibat wanita yang berpakaian seksi lagi mengghairahkan berjaya menarik minat penonton untuk ke pawagam. Malah ia amat sesuai ditonton oleh pelbagai lapisan masyarakat kerana di sebalik unsur-unsur dakwah ia turut diselitkan dengan lawak-lawak selamba oleh Kumpulan Shiro yang turut membintangi filem ini.
Sekalung tahniah diucapkan kepada pengarahnya iaitu saudara Piere Andre kerana berani menongkah arus menampilkan kelainan dalam arena perfileman tanah air sekali gus menolak dakwaan bahawa filem seperti ini tidak mampu menjana keuntungan yang diharapkan. Ini kerana menurut laman Facebook MIG Talent filem ini telah berjaya mengaut keuntungan RM 1.4 juta dalam tempoh empat hari ditayangkan.
Sehubungan dengan itu bersempena cuti sekolah yang panjang ini para ibu bapa juga bolehlah mengambil kesempatan membawa anak-anak untuk menonton filem ini. Di samping berhibur ia juga antara aktiviti santai bersama seisi keluarga yang boleh dilakukan sehingga anak-anak tidak bosan berada di rumah atau hanya menghadap komputer sepanjang hari yang boleh merosakkan mata dan menjadikan mereka stres. Atau lebih buruk lagi apabila anak-anak seronok bersembang dilaman sosial dan melayari laman sesawang yang negatif sehingga tidak menghiraukan makan minum dan bersosial.
Di sudut pandang yang lain golongan pendakwah diseru berusaha untuk mempelbagaikan kaedah dan tatacara berdakwah kerana medan dakwah dan golongan sasarannya sudah jauh berbeza pada masa kini. Golongan muda-mudi yang gemar mengisi masa lapang di hujung minggu dengan menonton wayang perlu dididik dan ditarbiyah dengan cara yang mereka sukai.
Justeru tidak salah jika ada dikalangan daie menerima untuk berlakon di layar perak jika adab-adab dan akhlak sebagai daie dapat dipatuhi. Hal ini penting bagi mengelak fitnah kepada golongan pendakwah apatah lagi jika terjebak melakukan perkara yang bertentangan dengan syariat sehingga menyimpang dari pada tujuan yang sebenar. Pendek kata jika ada di kalangan ustaz dan ustazah yang ingin turut berdakwah dengan kaedah seperti ini mereka perlu menetapkan sempadan dan peraturan sendiri supaya golongan pendakwah tidak terpalit dengan onar dunia perfileman yang beraneka ragam.
Penulis sendiri amat menyokong usaha murni seperti ini dan menggalakkan lebih banyak ustaz dan ustazah yang berbakat untuk tampil mewarnai dunia hiburan dan perfileman negara demi memenuhkan lompang-lompang kosong yang tidak mampu dipenuhi terutamanya oleh golongan yang tidak arif hukum hakam agama.
Selain dari pada itu pengarah-pengarah filem tanah air diseru turut sama menyumbang kepada aktiviti dakwah dan kemasyarakatan dengan memperbanyak filem-filem berunsur Islamik bagi menarik golongan muda khususnya kembali mengamalkan Islam sebagai cara hidup. Ia juga dilihat dapat mengimbangi kemasukan filem-filem Barat yang banyak memasukkan unsur budaya tidak sihat seperti propaganda, perkauman, kebebasan tanpa sempadan selain unsur-unsur yang boleh merosakkan akidah dan kepercayaan kaum Muslimin.
Penulis juga optimis betapa filem berunsur dakwah seperti ini boleh ditayangkan di luar negara terutama sekali di negara-negara yang majoriti rakyatnya beragama Islam kerana di sana terdapat ramai peminat-peminat wayang gambar yang dahagakan nasihat-nasihat yang baik dan dakwah kepada melaksanakan kewajipan agama dalam bentuk kontemporari dan diminati pada masa kini. Kemungkinan ia boleh dialih bahasa kepada bahasa setempat sehingga mudah difahami dan diterima tanpa menghilangkan keaslian dan keunikan filem tersebut.
Ia sekali gus menjadi indikator betapa filem tanpa unsur kekerasan, jenayah, seksual yang bercanggah dengan syariat dan budaya hidup masyarakat Timur boleh meraih keuntungan lumayan jika pandai mengolah dan menarik perhatian peminat.
Adalah diharapkan juga agar seluruh penggiat seni tanah air termasuk pengarah-pengarah filem, golongan artis dan pelakon tempatan khususnya yang beragama Islam sedar akan tanggung jawab dan peranan mereka sebagai hamba kepada Allah SWT dan masyarakat. Sehingga dengan itu mereka tidak terjebak mencemarkan kesucian agama dengan hanya berlakon semata-mata sedangkan realitinya tidak seperti yang disangka. Golongan ini perlu memahami selain berlakon sebagai sumber mata pencarian ia juga sebenarnya boleh menjadi sumber meraih keredaan Ilahi jika kena dengan caranya.
Dalam hal ini golongan artis yang sering menjadi idola masyarakat boleh menjadi teladan yang baik sehingga mereka juga mendapat ganjaran dari pada amal baik yang dicontohi.
Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya “Barang siapa melakukan dalam Islam amalan-amalan yang baik, maka baginya pahala seperti pahala orang yang mengikutinya, yang tidak terkurangi sedikit pun dari pada pahala-pahala amal mereka sama sekali. Barang siapa melakukan dalam Islam amalan-amalan yang buruk, maka baginya dosa semisal (sama) dosa orang yang mengikutinya, yang tidak terkurangi sedikit pun dari dosa-dosa mereka sama sekali.” ( Hadis Riwayat Muslim)
Semoga selepas ini lebih banyak lagi filem-filem bercorak Islamik dan jenaka diterbitkan oleh pengarah filem tanah air sekali gus menggamit kenangan Allahyarham Tan Sri P Ramlee dengan filem berunsur lawak jenaka tetapi penuh dengan sindiran tajam dan sungguh bermakna buat umat Islam dan masyarakat Melayu secara khususnya.
Sunday, November 3, 2013
SOALNYA SANGGUPKAH ORANG MELAYU BERHIJRAH
Di saat survival umat Islam dan umat Melayu di Malaysia mula menjadi bualan, penulis amat menyokong kenyataan oleh Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan dalam Akhbar Mingguan Malaysia yang bertajuk “Kalau Bukan Melayu Siapa Lagi” untuk di renung-renungkan dengan lebih mendalam lagi. Ini kerana sememangnya terdapat kaum tertentu yang begitu bersungguh-sungguh membantu sesama mereka sedangkan Orang Melayu mengelak untuk bersatu dan terus bercakaran sesama sendiri. Malahan jika diperhalusi sifat mulia saling tolong menolong merupakan sebahagian dari ajaran Islam yang suci dan berupaya pula untuk mewujudkan kesatuan dan kekuatan ummah yang semakin sirna dewasa ini.
Tak usah kita berbicara soal-soal yang kompleks untuk menjelaskan tentang perkara ini kerana dalam konteks mencari yang halal dalam bab makanan dan minuman pun kita sudah kecundang. Terdapat segelintir kaum Muslimin yang begitu berselera makan dan minum di premis yang tidak berstatus halal sedangkan di sana ada alternatif premis makanan halal yang enggan dikunjungi.
Keadaan ini diburukkan lagi dengan pendedahan PPIM bahawa 90% minyak masak yang digunakan oleh pengusaha restoran di Malaysia adalah minyak masak kitar semula yang bukan sahaja memudaratkan kesihatan tetapi yang lebih menjijikkan apabila sumber minyak kitar semula itu kemungkinan bercampur antara minyak untuk memasak makanan yang halal dan tidak halal.
Malah menurut kenyataan tersebut lagi bahawa minyak tersebut juga boleh mengundang risiko kanser kepada pengguna kerana mengandungi unsur karsinogen yang tinggi iaitu agen penyebab kanser dan penyakit berbahaya yang lain. Dalam hal ini keprihatinan pengguna Muslim untuk berhijrah dan hanya mengguna produk berstatus halal JAKIM sangat sangat diharapkan agar tidak terlibat memakan yang haram sehingga menjadi darah daging lalu akhirnya dihumbankan ke dalam neraka jahanam.
Selain dari pada itu apabila ada produk-produk keperluan pengguna yang memudaratkan kesihatan lagi tidak mementingkan diet yang sihat, umat Islam diseru untuk berkorban dan berhijrah dengan membeli dan menyokong produk yang benar-benar diyakini halal lagi berkhasiat. Malah dalam konteks inilah sokongan dari pada Muslimin ditagih untuk meningkatkan bidang perekonomian ummah sekali gus menyumbang kepada pelaksanaan ibadah secara kolektif dan menyeluruh.
Penulis juga sangat tertarik dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh PPIM bahawa terdapat tepung gandum yang dipasarkan di negara ini mengandungi Benzoyl Peroxide iaitu sejenis bahan kimia peluntur yang digunakan untuk memutihkan gandum. Menurut laporan akhbar tempatan lagi dipercayai syarikat pengimport tepung gandum di Malaysia membeli bekalan tepung terpakai dan lama disimpan sehingga warnanya bertukar kehitaman atau kekuningan di pasaran antarabangsa sebelum di eksport ke sini. Jadi untuk mencantikkannya bahan peluntur yang menjadi penggalak kepada penyakit kencing manis, arthritis dan gout ini digunakan secara berleluasa sehingga berhasil mengaut keuntungan berlipat kali ganda.
Malah tepung gandum yang selama ini menjadi bahan asasi untuk Orang Melayu menyediakan lempeng, cengkodok dan banyak kuih muih tradisional juga telah kehilangan semua nutrisi dan vitamin asli setelah melalui proses pelunturan tersebut. Sebagai gantinya ia diperkayakan semula dengan vitamin B1 yang menurut Datuk Nadzim Johan lagi berkemungkinan diperoleh dari sumber babi kerana ia paling mudah dan murah untuk diperolehi.
Sekali lagi dalam hal ini terdapat di pasaran tepung gandum yang halal lagi bersih dan sangat memerlukan sokongan masyarakat Islam untuk maju sehingga mampu bersaing secara sihat di peringkat global. Soalnya berapa ramaikah orang kita sanggup berhijrah dan menyokong produk-produk tersebut.
Cakap-cakap bahawa produk Muslim tidak berkualiti, tidak berdaya maju haruslah diganti dengan sanggup berkorban untuk menyokong produk tersebut demi untuk meninggikan taraf perekonomian ummah yang realitinya masih jauh ketinggalan berbanding orang lain.
Dalam pada itu syarikat-syarikat milik Bumiputra haruslah pula sanggup berhijrah kepada mengeluarkan produk produk yang lebih berkualiti demi memenuhi keperluan pasaran semasa agar pengusaha dan pengguna secara umumnya mendapat manfaat dan kebaikan bersama.
Pengusaha restoran Muslim sebagai contohnya diseru agar lebih prihatin dengan hanya membeli barangan yang diyakini halal untuk dimasak dan dijual kepada saudara seagama. Usah hanya memikirkan keuntungan sementara sehingga tergamak menyediakan makanan yang haram kepada saudara sendiri, akibatnya diri sendiri yang terpalit dengan dosa.
Mudah-mudahan dengan sedikit pengorbanan untuk berhijrah kepada yang lebih baik seperti ini perniagaan yang diuruskan akan dilimpahi dengan keberkatan sehingga sebahagian dari hasilnya diinfakkan semula kepada cabang fisabilillah melalui pembayaran zakat perniagaan dan sedekah yang berterusan.
Sehubungan dengan itu bersempena dengan ketibaan tahun baharu 1435 hijrah yang mulia ini umat Islam diseru untuk menterjemahkan tuntutan berhijrah dalam realiti kehidupan masa kini. Hijrah Baginda Nabi Muhammad SAW dan para sahabat terdahulu elok dijadikan tauladan dan sempadan bagi menentukan survival Orang Melayu dan umat Islam di tanah airnya sendiri. Persoalan kalau bukan Melayu siapa lagi juga hendaklah difahami dengan bersungguh-sungguh lalu direalisasikan dalam kontek kehidupan masa kini demi memahami makna hijrah yang hakiki.

Subscribe to:
Posts (Atom)